SK Cyberjaya 2 dijangka siap tahun 2027

Iklan
SK Cyberjaya pernah tular di media sosial berikutan kepadatan murid yang ramai pada awal 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya 2 yang kini dalam fasa memulakan pembinaan dijangka siap pada tahun 2027.

KPM dalam kenyataan pada Isnin, memaklumkan pembinaan sekolah baharu dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain itu dapat membantu menangani isu sekolah padat di Cyberjaya dan kawasan sekitar.

Iklan
Iklan

"KPM proaktif mengatasi isu sekolah padat di seluruh negara termasuk mengambil pelbagai pendekatan menerusi pembinaan bilik darjah kabin, pelaksanaan kelas terapung dan penyuraian murid ke sekolah berhampiran," menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, kerajaan telah meluluskan pembinaan 26 buah sekolah baharu seluruh negara pada tahun ini.

Iklan

Terdahulu, sebanyak 12 bilik darjah kabin pasang siap termasuk kerja ubah suai berkaitan, pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas telah diserahkan kepada SK Cyberjaya.

Dalam Majlis Penyerahan Projek Siap Kelas Kabin/Modular IBS SK Cyberjaya hari ini, pihak kontraktor telah menyerahkan simbolik projek siap kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang, disaksikan oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.

Iklan

Projek bernilai lebih RM2 juta berkenaan diharap memberi penyelesaian jangka pendek kepada isu sekolah padat dihadapi SK Cyberjaya, selain memberi keselesaan kepada murid dan guru yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. - Bernama