Ibu bapa pelajar SK Kampong Baru Kapit resah, bangunan sekolah jadi projek sakit

Iklan

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diharap dapat mengambil langkah yang sesuai bagi membantu menyiapkan projek sakit pembinaan Sekolah Kebangsaan Kampong Baru di negeri itu secepat mungkin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kelewatan menyiapkan kerja berkenaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa yang terpaksa menunggu lebih lama sebelum dapat menghantar semula anak mereka di sekolah itu.

Iklan
Iklan

Beliau yang telah meninjau projek di bawah kerajaan negeri Sarawak, pada Isnin, berkata, proses lantikan semula kontraktor sedang dijalankan dan akan mengambil masa hingga setahun selepas kontraktor asal ditamatkan kontrak kerana gagal menyiapkannya mengikut jadual.

"Saya telah bertemu dengan wakil kontraktor dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerja mereka yang telah menimbulkan kesusahan kepada banyak pihak, terutamanya pelajar," maklumnya dalam satu kenyataan, Selasa.

Iklan

Ahli Parlimen Kapit itu yang sempat singgah di Pejabat Pendidikan Daerah Kapit sebelum pulang ke Kuala Lumpur, dimaklumkan terdapat sebanyak 49 sekolah di Kapit dengan 45 daripadanya sekolah rendah manakala bakinya sekolah menengah.

Daripada jumlah itu, sejumlah 14 sekolah di Kapit, Song dan Belaga telah diangkat oleh JKR Sarawak bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan bangunan daif yang melibatkan kos sebanyak RM2.2 juta.

Iklan

Buat masa ini kerja-kerja telah dimulakan di lima sekolah rendah dan dua sekolah menengah. - Bernama