Sampai bila isu kekurangan guru akan berakhir?

Iklan
Dengan penuh harapan, masyarakat menantikan tindakan pantas dalam menyelesaikan masalah kekurangan guru yang kian meruncing.

Saban tahun, kita disajikan dan disogokkan dengan isu kekurangan guru yang pastinya menimbulkan pelbagai masalah antaranya beban kerja berlebihan dan kualiti pengajaran terjejas.

Selain itu, masalah tersebut turut membawa kepada kelas yang padat dan perhatian cikgu terhadap pelajar semakin berkurangan.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, bekas guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh telah memuat naik hantaran di Facebook mengenai isu yang dilihat bagaikan tiada kesudahan

Hantaran yang mendapat reaksi lebih 2,400 pelbagai tanda emoji, telah mendapat pelbagai komen dalam kalangan warga maya.

Iklan

"Dekat sekolah anak aku, cikgu Sains seorang sahaja. Dialah yang mengajar subjek Sains Darjah Satu sampai Darjah Enam. Kesiannya. Macam manalah cikgu itu mengajar. Tak dapat kubayangkan,” kata Iza Abdul.

"Cikgu agama dan cikgu Bahasa Inggeris memanjang tak cukup-cukup di sekolah aku,” ujar Ramdzan Jabar.

Iklan

"Kena ambil kira guru yang tinggal dan mengganti kelas, mereka dah burnt out. Mana nak jaga kelas sendiri dengan kelas lain, boleh sakit jiwa tau,” catat Firdaus.

"Anak kawan saya telah di terima masuk ke IPG baru-baru ini. Dia sudah pun menerima tawaran tetapi entah di mana silap apabila disemak semula untuk penempatan ‘gagal’. Apabila ditanya dengan pihak IPG, sampai sekarang tiada keputusan. Sekarang hari-hari dia dalam kesedihan,” tulis Sue Suraya.

"Harap KPM segerakan isi kekosongan guru yang kritikal,” beritahu Mohd Sharul.

"Ramai orang tengah tunggu posting...ada yang nak dekat dua tahun tak posting-posting lagi,” tutur Jessica JB Jess.

"Student DPLI ramai tahun ini. Insya-ALLAH tahun depan boleh selesai masalah yang dinyatakan,” maklum Tim Anastacia Queen.

"Setiap tahun ada lambakan graduan pendidikan. Cuma mereka tidak dipostingkan sahaja,” kata Mohd Fadli Salleh yang menjawab komen warganet.

Kami di Sinar Bestari mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan segera demi memastikan kelangsungan pendidikan yang berkualiti.