Pelajar tidak cukup tidur? Ikuti enam langkah mudah ini

Iklan
Jika tidur tidak mencukupi, murid atau pelajar mungkin mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan di dalam kelas, yang akhirnya menjejaskan prestasi akademik mereka.

Kebimbangan dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti insomnia yang akhirnya menjejaskan kualiti tidur mereka.

Penggunaan peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba hingga lewat malam juga turut menjadi antara faktor pelajar kurang tidur.

Iklan
Iklan

Terdapat enam langkah mudah untuk pelajar ikuti bagi mendapatkan tidur yang baik seterusnya bertambah produktif keesokan harinya.

1) Mengekalkan jadual bangun dan tidur yang tetap walaupun pada hujung minggu

Iklan

Hujung minggu bukan alasan pelajar untuk tidur lewat. Apa yang perlu dilakukan adalah mengekalkan tabiat atau rutin tidur seperti mana hari biasa.

2) Hasilkan satu rutin sebelum waktu tidur yang santai

Iklan

Rutin berehat sebelum tidur dapat membantu pelajar mengasingkan masa tidur daripada aktiviti harian yang boleh menyebabkan keterujaan, tekanan dan kebimbangan. Contohnya, mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik.

Pastikan anda melakukan perkara santai ini jauh dari cahaya terang dan jangan lakukan aktiviti yang merangsang minda seperti kerja rumah sebelum tidur.

3) Cipta suasana yang mesra untuk tidur

Persekitaran mesra untuk tidur adalah suasana yang gelap, sejuk, tenang, selesa dan bebas daripada sebarang gangguan.

Ini mungkin sukar bagi pelajar yang tinggal di asrama, tetapi berikut ialah beberapa cadangan yang boleh membantu:

  • Gantungkan cadar hitam di sekeliling katil anda
  • Labuhkan langsir gelap
  • Gunakan penutup mata dan/atau penyumbat telinga

4) Jangan makan dua hingga tiga jam sebelum tidur

Makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur boleh menyebabkan pelajar tidak selesa semasa baring di atas katil.

Jadi, cuba elakkan makanan berat sebelum tidur dan berhati-hati dengan makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, yang mungkin menyukarkan pelajar untuk tidur.

5) Sentiasa bersenam

Secara amnya, senaman yang kerap menjadikan pelajar lebih mudah untuk tidur dan boleh meningkatkan kualiti tidur.

6) Elak minuman berkafein

Kafein menyebabkan badan lebih aktif hingga sikar tidur. Sebagai contoh, kafein yang terdapat pada kopi, teh dan coklat boleh kekal di dalam badan selama tiga hingga lima jam sekali gus mengakibatkan pelajar berhadapan masalah tidur yang kurang mencukupi.