11 kerjaya bidang komputer pilihan mahasiswa

Iklan
Mahasiswa yang memiliki kepakaran dan kemahiran dalam bidang komputer pastinya menjadi rebutan majikan kelak.

Dalam era digital ini, permintaan untuk profesional yang mahir dalam teknologi komputer semakin meningkat, menjadikan bidang ini menawarkan peluang pekerjaan yang luas.

Misalnya, banyak syarikat di luat sana sangat memerlukan pakar dalam keselamatan komputer bagi melindungi data dan sistem mereka.

Iklan
Iklan

Terdapat 11 kerjaya dalam bidang ini yang boleh diceburi mahasiswa selepas menamatkan pengajian kelak.

Sinar Bestari kongsikan pekerjaan untuk penuntut cakna.

Iklan

1) Jurutera perisian

Jurutera perisian menerapkan prinsip-prinsip kejuruteraan bagi reka bentuk, pembangunan, penyelenggaraan, pengujian dan penilaian perisian serta sistem yang membolehkan komputer atau apa-apa peralatan yang mengandungi perisian berfungsi.

Iklan

Tugas utama jurutera perisian ialah mengubah perisian bagi menjamin kualiti terbaik untuk perisian tersebut. Mereka akan memastikan fungsi yang direka bertindak mengikut spesifikasi diingini.

2) Penganalisis sistem

Penganalisis sistem adalah profesion teknologi maklumat yang mengkhusus dalam menganalisis, merekabentuk dan melaksanakan sistem komputer. Mereka akan menganalisis masalah sistem, merancang dan menguji piawaian srta mencari penyelesaian.

Sistem komputer memerlukan ketelitian yang tinggi untuk dirangka. Jadi, tugas seseorang penganalisis sistem amat penting dalam memastikan sistem dibina berfungsi dengan baik dan menepati kemahuan pelanggan.

3) Pakar keselamatan siber

Ini antara kerjaya yang dikatakan mempunyai pendapatan tertinggi dalam cabang tersebut.

Peranan utama pakar keselamatan siber ialah mencegah serangan siber ke atas sistem maklumat yang mahu mendapatkan pelbagai akses untuk maklumat-maklumat tertentu.

Waktu bekerja mereka memang tidak menentu, kerana penggodaman sistem boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Justeru, golongan ini perlu sentiasa bersedia bagi melindungi sistem komputer.

4) Jurureka web

Bagi memastikan laman web yang diusahakan berfungsi tanpa sebarang gangguan, seseorang jurureka web memainkan peranan penting untuk perkara itu.

Antara jurureka web yang perlu anda ketahui adalah front end developer dan back end developer.

Front end developer membangunkan laman web dan visual menggunakan HTML, CSS dan JavaScript manakala back end developer membangunkan web menggunakan bahasa pengaturcaraan.

5) Jurutera rangkaian

Jurutera rangkaian adalah individu yang mempunyai kepakaran merancang, melaksanakan dan mengawasi rangkaian komputer yang menyokong perkhidmatan suara, data, video dan rangkaian tanpa wayar.

Tugas mereka termasuklah memilih perisian yang patut digunakan bagi menepati spesifikisasi ditetapkan oleh sesuatu organisasi di samping memperbaiki peralatan dan system sudah lama.

Mereka akan membuat lakaran kepada rangkaian, menjalankan ujian terhadap rangkaian tersebut dan membangunkannya serta membuat penyelengaraan terhadap rangkaian tersebut.

6) Pendidik

Lebih berminat untuk mengajar dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) atau Sains Komputer? Semestinya anda mempunyai jiwa seorang pendidik, jadi ceburi sahaja bidang pendidikan yang mengkhususkan bidang komputer!

Anda boleh memilih untuk menjadi guru IT atau pensyarah di universiti. Kelayakannya berbeza namun tugas dan peranan utamanya lebih kurang sahaja.

7) Pengaturcara

Pengaturcara? Mungkin jarang didengari, namun anda pernah sahaja terdengar tentang programmer, bukan? Ya, itulah pekerjaan yang cukup popular dalam bidang Sains Komputer ini!

Umum mengetahui yang pengaturcara antara pekerjaan termahal dalam bidang ini dek kepakaran yang dimiliki.

Kebolehan untuk menguasai beberapa bahasa pengaturcaraan seperti BASIC, C, C++, COBOL, Java, FORTRAN, Ada dan Pascal adalah kemahiran yang perlu dimiliki pengaturcara.

8) Pembangun mudah alih

Pembangun mudah alih ialah membina aplikasi untuk Android, iOS dan platform Windows Phone. Seiring dengan teknologi yang kian membangun, kepakaran sebegini sangat diperlukan.

9) Pengurus IT

Pengurus IT sangat diperlukan di kebanyakan syarikat terutama syarikat besar. Mereka bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti berkaitan dengan komputer dan sistem maklumat sesebuah syarikat.

Dari peralatan hingga ke perisian komputer sesebuah organisasi atau syarikat, pengurus IT bertanggungjawab terhadap pemasangan dan penyelenggaraan mereka.

10) Pereka bentuk grafik

Reka bentuk atau logo yang kreatif memerlukan kepakaran dan kreativiti yang tinggi untuk direka. Jadi, kemahiran pereka bentuk grafik dalam sesebuah organisasi atau syarikat memang diperlukan untuk tugas sebegitu.

Pereka grafik membuat konsep visual, menggunakan perisian komputer. Mereka akan menyediakan reka bentuk untuk menghasilkan iklan, brosur, majalah dan laporan mengikut kehendak pelanggan.

11) Juruteknik komputer

Juruteknik komputer bertanggungjawab menjalankan kerja penyelenggaraan sistem komputer dan sistem operasi.

Sekiranya menerima aduan tentang kerosakan sistem komputer, mereka dipertanggungjawabkan untuk membaik pulih sistem tersebut agar berfungsi seperti sediakala.

Selain itu, pekerjaaan ini juga akan memantau sistem tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan sentiasa berada dalam keadaan baik untuk digunakan.