Lima tip buat mereka yang bakal bergelar guru. 'Untuk bulan pertama, jangan bagi muka, salah tetap salah'

Iklan
Bergelar pendidik bukan perkara mudah kerana banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan betul.

"Kenapa murid tidak mendengar arahan saya? Setiap kali suruh diam, tidak juga diam. Mereka seperti tidak hormat langsung pada saya. Tetapi kalau dengan cikgu lain, murid-murid diam tanpa suara."

Itulah antara luahan sesetengah pendidik terhadap murid mereka apabila berada di sekolah.

Iklan
Iklan

Luahan ini bukan hanya daripada guru baru tetapi guru-guru senior juga berdepan dengan masalah sama.

Bagi seorang guru, mereka sebenarnya telah belajar secara teori dan praktikal di Maktab Perguruan atau sekarang dikenali Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Iklan

Namun, apabila masuk ke dunia pendidikan sebenar, realitinya cikgu sahaja yang tahu.

Tentu anda pernah melihat bukan, ada sesetengah guru tidak perlu berbuat apa-apa untuk menjadikan kelas itu senyap dan sunyi. Cuma sekadar lalu di luar kelas sahaja. Padahal tiada teguran mahupun jeritan yang keluar daripada mulut cikgu berkenaan. Aura apa yang beliau pakai? Mungkin ada 'sesuatu' dalam diri dan jiwanya.

Iklan

Pengalaman mengajar sebenarnya banyak membantu, kalau boleh biarlah kita mengajar tiga jenis kelas yang berbeza perangai murid-muridnya iaitu kelas depan, tengah dan belakang

Berdasarkan pengalaman dan nasihat guru-guru senior, mereka menitipkan beberapa tip penting untuk guru baharu.

1) Murid belum kenal lagi siapa anda. Oleh itu sebagai guru, anda perlu tegas dan serius di dalam kelas. Kekalkan sifat tersebut sekurang-kurangnya selama sebulan.

2) Jangan layan murid yang suka buat lawak, terus bagi amaran keras kepadanya.

3) Murid akan cuba untuk mempengaruhi guru baharu ini supaya tidak menjadi garang. Anda kena pandai kenal pasti mereka.

4) Untuk bulan pertama, jangan bagi muka, salah tetap salah.

5) Tidak bercakap atau berbual dengan mereka hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Abaikan soalan tersebut dan minta murid duduk. Ini bertujuan agar murid-murid tidak mesra dengan kita. Amalkan dalam tempoh sebulan.

Lima tip ini tiada dalam buku, ia berdasarkan pengalaman dan nasihat guru-guru lama dan mungkin berlawanan dengan apa yang anda belajar.

Rata-rata guru mengatakan ia berkesan untuk jangka masa panjang. Tetapi harus diingat, ia perlu dipraktikkan pada hari pertama sesi persekolah anda.

Mesti akan ada yang mempertikaikan kaedah ini. Ketinggalan zaman, versi lama, tidak kreatif dan banyak lagi. Namun percayalah, sebelum hendak lakukan kaedah-kaedah yang ada dalam buku, buat dahulu cara ini dalam masa sebulan.