[VIDEO] Ibu bapa jangan panik, bukan sekolah tetapi kawasan semak samun yang terbakar!

Iklan
Kebakaran di Rawang baru-baru ini, menimbulkan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka.

Video kebakaran yang tular beberapa hari lepas mencetuskan panik dalam kalangan ibu bapa apabila kejadian itu dikatakan berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Rata-rata daripada mereka melahirkan rasa bimbang apabila anak masing-masing masih berada di sekolah tersebut.

Iklan
Iklan

Sinar Bestari memetik beberapa komen di TikTok menerusi akaun @kaklizz_teacherlizz tentang kerisauan ibu bapa berkenaan.

Mior Family Enterprise: Anak saya dalam sekolah ini. Harap baik-baik sahaja.

Iklan

Al Ain Store: Allahuakbar, semoga semuanya selamat ya ALLAH.

Zara123: Allahuakbar semoga dipermudahkan segala urusan minta di jauhi segala musibah. Cucu saya belajar dekat situ.

Iklan

Yati: Ya ALLAH, tolonglah selamatkan anak-anak.

Marlina_MohdIsmail: Allahuakbar semoga semua selamat.

ZaraAttyLa: Any update?

Sementara itu, Sinar Bestari cuba mencari jawapan di ruangan komen yang sama.

Kami mendapati, beberapa warga maya telah berkongsi maklumat mengenai kebakaran itu.

Nazshah: Lereng bukit dekat SK yang terbakar, bukan sekolah ya! Lama tak hujan. Semak tu baru potong. Semua murid tak ada apa-apa. Alhamdulillah.

Kak Shilaa: Alhamdulillah, tak terlibat kawasan sekolah. Cuma di lereng atau tebing tepi pagar sekolah. Semak samun tu!

Kak Lizz (Teacher Lizz): Alhamdulillah semua selamat, syukur kepada ALLAH. Pihak bomba mendapati punca kebakaran daripada puntung rokok. Diharapkan dapat menjadi iktibar supaya tidak membuang puntung rokok sesuka hati.