Lukisan pelajar Malaysia raih pingat emas, sijil merit di IFAC-Japan

Iklan
Kejayaan Nur Izzati membuktikan yang pelajar Malaysia mampu melakar pelbagai kejayaan hebat di luar negara.

Karya lukisan pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, Nur Izzati Salem, 17, membawa tuah apabila dianugerahkan pingat emas dan sijil merit kategori seni halus dalam 25th International High School Arts Festival 2024 (IFAC- Japan), di The Ritz Carlton, Tokyo, baru-baru ini.

Menerusi kejayaan itu, lukisan bertajuk Between Dreams and Dreams dipamerkan di The National Art Center, Tokyo.

Iklan
Iklan

Menurut Nur Izzati, kemenangan tersebut sangat mengejutkannya kerana lukisan disiapkan dalam saat-saat akhir sebelum tarikh tutup.

"Jadual pembelajaran sangat padat kerana tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Iklan

"Masa yang ada sangat suntuk untuk menyiapkan lukisan, namun kerana minat, saya hasilkan juga dengan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan,” katanya kepada Sinar Bestari.

Sepanjang menyiapkan lukisan Between Dreams and Dreams (Antara Mimpi dengan Impian), Nur Izzati turut berdepan dengan ketiadaan idea dan jalan cerita.

Lukisan bertajuk Between Dreams and Dreams terpilih untuk dipamerkan di The National Art Center, Tokyo.

Iklan

Kerana itu, dia membuat carian di internet sebagai rujukan tambahan dan mendapatkan pandangan guru seni visual dalam menyelesaikan kekangan dihadapi.

Pada masa sama, Nur Izzati perlu menyelesaikan tugasan pembelajaran mengikut tempoh masa ditetapkan guru.

Untuk rekod, Nur Izzati pernah berada dalam kelompok lima teratas Bengkel Tunjang Puisi Seni Tampak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2024, tempat pertama Painting Contest di Turkish Embassy in Kuala Lumpur 2023, naib johan IFAC-Japan 2023 dan naib johan Rekacipta Komik pada Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2021.

Sementara itu, bapa, Salem Abd Khalid dan ibu, Ainol Hayati Dahlan melahirkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana anak mereka mencapai kejayaan luar biasa dalam usia muda.

"Kami sentiasa memberikan sokongan moral dan fizikal serta memberi nasihat dalam pelbagai perkara.

"Tidak kurang juga, kami menjadi pengkritik kepada setiap lukisan dihasilkan.

"Memang banyak pengorbanan dilakukan demi lihat dia berjaya dan hari ini, anak bongsu daripada dua adik beradik sudah buktikan yang dia boleh,” ujarnya yang mendoakan Nur Izzati dapat membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi dalam bidang lukisan.