Pelajar cemerlang STPM tolak tawaran ke universiti kerana miskin! 'Saya dan Mara akan bantu' - Asyraf Wajdi

Iklan
Hantaran @jllmisai mengenai pelajar STPM mendapat perhatian rakyat Malaysia.

"Insya-ALLAH, saya dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan bantu,” demikian komen ringkas Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam laman media sosial X pada Khamis.

Komen beliau itu dibuat susulan pengguna X dikenali @jllmisai memuat naik hantaran berkenaan seorang pelajar yang terpaksa menolak tawaran ke universiti kerana masalah kewangan.

Iklan
Iklan

Hantaran itu telah mendapat ribuan repost daripada pengguna laman tersebut.

Tidak kurang juga, ramai yang memberi sumbangan wang kepada pelajar berkenaan supaya terus menyambung pengajian ke peringkat universiti.

Iklan

Turut disertakan, doa dan ucapan serta kata-kata semangat kepada Wan Nur'Alyaa Syaza.

Sinar Bestari memetik beberapa komentar yang diberikan warganet untuk pelajar hebat ini.

Iklan

"Semoga urusan adik di permudahkan. Orang seperti ini perlu di bantu."

"Terus salurkan sumbangan. Mungkin kita boleh bagi one-off sahaja. Beliau perlukan bantuan berterusan hingga tamat belajar. Moga beliau dapat gunakan sumbangan kita dengan sebaiknya insya-ALLAH."

"Kita tolong mana yang mampu."

"Syabas dan terima kasih para netizen yang turut membantu. Harap juga ada yang tampil untuk menguruskan situasi sebab kemungkinan besar akaun bank dia kena flagged sebab terlalu banyak transaksi masuk. Perlukan seseorang yang arif dalam hal ini dan boleh berurusan dengan pihak bank."

"Mungkin ada juga yang boleh bantu untuk dapatkan biasiswa. Banyak lagi kos lain bila dah sambung belajar tu."

"Kesiannya...ayah dah berumur, rumah pun dah lama sangat tu. Semoga dipermudahkan adik dan bantu family nanti."

"Alhamdulillah, semoga sedikit bantuan dari saya dapat meringankan beban pelajar ini."

Dia terpaksa menolak tawaran menyambung pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) awal bulan depan disebabkan ibu bapanya tidak mampu menyediakan wang pendaftaran berjumlah RM1,020.