SPMU 2024 keluar 1 Oktober ini

Iklan
Seramai 8,195 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2024 di seluruh negara. Gambar hiasan

Keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini, demikian maklum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai 8,195 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Kepada calon yang ingin membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2024, KPM telah menyediakan dua kaedah mudah untuk mereka.

"Kaedah pertama secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi pada 1 Oktober hingga 6 petang 7 Oktober ini.

Iklan

"Manakala kaedah kedua secara sistem pesanan ringkas (SMS) iaitu dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 (bagi mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan). Sistem akan diaktifkan bermula 10 pagi (1 Oktober) hingga 6 petang (7 Oktober) nanti," ujar KPM.

Iklan