Pelajar lemas di tasik, rakan sempat diselamatkan

Iklan
Mangsa ditemukan pada kedalaman empat meter di tasik berhampiran Residensi Manggatal, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Aktiviti riadah sekumpulan pelajar sekolah menengah mandi di kawasan tasik berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas manakala seorang lagi sempat diselamatkan dalam kejadian berhampiran Residensi Manggatal, di sini pada Jumaat.

Mayat Hazwi Danial A Rashid, 14, ditemui pada kedalaman empat meter oleh pasukan bomba manakala Adi Iskandar Abdullah, 14, diselamatkan rakannya menerusi bantuan pernafasan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.44 tengah hari.

Katanya, seramai 13 anggota bersama Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 10 kilometer.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Kejadian melibatkan dua mangsa lemas di dalam tasik semasa menjalankan aktiviti mandi bersama rakan-rakan yang lain melibatkan seramai 20 orang.

"Mangsa pertama berjaya diselamatkan dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan oleh rakan mangsa sehingga sedar bagaimanapun mangsa kedua hilang," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Iklan

Katanya lagi, susulan kejadian itu, operasi pemadaman segera dilakukan di sekitar kawasan tepi dan permukaan tasik.

"Mangsa ditemui di bawah tanah dan kayu di kedalaman empat meter di dalam tasik pada jam 2.48 petang.

"Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 2.53 petang," katanya.

Agustavia berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.