Wajah Cina tapi rupa-rupanya ustaz. 'Saya mengajar bahasa Arab, Sirah dan Ibadah'

Iklan
Ahmaddin begitu disukai oleh anak-anak didik dek sikapnya yang sentiasa ceria dan menganggap mereka sebagai adik.

Sekali pandang nampak ‘orang Cina’ sedang mengajar murid-murid di sekolah.

Namun, rupa-rupanya ‘orang Cina’ yang dimaksudkan itu merupakan seorang penuntut Melayu yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu, Terengganu.

Iklan
Iklan

"Emak saya merupakan salah seorang guru agama di sekolah ini sekali gus mengajak saya menjadi guru agama juga.

"Pengalaman sebagai pendidik bermula sejak Tingkatan Lima lagi dan saya akui, ia tidak mudah kerana diri seorang introvert.

Iklan

"Namun akhirnya saya dapat sesuaikan diri dengan situasi di sekolah dan berusaha menjalankan tugas dengan baik serta profesional,” katanya.

Sementara itu, Sinar Bestari menonton video Ahmaddin menerusi TikTok @mxdeen_ miliknya dan mendapati beliau begitu disenangi oleh anak-anak murid.

Iklan

Ia jelas ditunjukkan menerusi situasi pembelajaran dan sesi soal jawab tentang subjek diajar berjalan dengan lancar.

Malah, telefon miliknya juga dikatakan menjadi pilihan anak-anak didik untuk merakam momen-momen manis di sekolah.

Walaupun banyak gambar yang dirakam, beliau tidak sedikit pun marah sebaliknya seronok melihat gelagat mereka.

"Saya lebih selesa mengganggap diri seperti abang dan mereka seperti adik. Tambahan pula, saya ada adik yang belajar di Tahun Lima.

"Lebih selesa begitu dan mereka pun sudah kenal saya. Setakat ini saya sangat seronok mengajar kerana suka berkongsi ilmu," katanya yang merancang menyambung pengajian dalam Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).