Pelbagai polemik timbul mengenai isu minggu orientasi yang berlaku di salah sebuah universiti tempatan.
Ia tular dek slot ‘prank’ yang diselitkan dalam orientasi itu sehingga mendapat banyak kecaman negatif dalam kalangan ramai.
Ada berpendapat, orientasi harus dihentikan kerana kerap kali ia disalahgunakan untuk aktiviti tidak bermoral yang akhirnya menjejaskan mental dan emosi pelajar baharu.
Beritahu mereka juga, orientasi perlu ditiadakan kerana terlalu banyak masa dihabiskan untuk perkara remeh, sedangkan pelajar memerlukan persediaan akademik yang lebih kukuh.
Mengulas perkara tersebut, Dekan, Fakulti Teknologi, Rekabentuk dan Pengurusan, UCYP University, Kuantan, Pahang, Assistant Professor Ts Dr Mohd Hamisa Abdul Hamid tampil berkongsi pandangannya secara ekslusif kepada Sinar Bestari.
Beliau berkata, minggu orientasi perlu diteruskan dengan beberapa penambahbaikan oleh pihak universiti tersebut.
"Kena buat tapi janganlah sampai seminggu atau lebih orientasinya.
Menurut Mohd Hamisa, sesi orientasi cukup penting kepada mereka bagi mendapatkan gambaran awal sepanjang pengajian.
"Pengisian lebih santai, profesional dan tidak poyo atau mungkin menghilangkan terus budaya terlalu 'menghormati' senior perlu diterapkan kepada ‘orang baharu’ di universiti.
"Pengenalan tentang universiti, fakulti, mentor atau penasihat akademik,sistem akademik, kemudahan yang ada, barisan pensyarah, perjalanan semester, kelab dan banyak lagi yang diselitkan dalam orientasi, sangat-sangat membantu pelajar generasi Z dan Alfa sekarang,” jelas Mohd Hamisa.