Isu 'prank': Langkah seragamkan modul MDS di UiTM bukan penyelesaian

Iklan
Shahrin (dua dari kiri) ketika Majlis Menandatangani MoU antara UiTM dan Tiquar Enterprise yang diwakili Mohd Nazrin Zulkifli (dua dari kanan).

SHAH ALAM - Langkah menyeragamkan modul Minggu Destini Siswa (MDS) di semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukanlah kaedah sesuai untuk menghalang kejadian 'prank' terhadap pelajar baharu daripada terus berulang.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, institusi pengajian itu mempunyai 13 cawangan dan 34 kampus di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mengawal kesemua fasilitator yang mengendalikan MDS disebabkan satu atau dua peristiwa yang berlaku.

"Penyelesaiannya bukanlah keseragaman. Contohnya kita ada tiga pasukan, semua kita ikut (modul) yang sama tetapi mengapa kita tugaskan mentor yang lain, sebab setiap mentor tipnya lain.

Iklan

"Daripada sistem UiTM yang mempunyai 13 cawangan dan 34 kampus, penyelesaian UiTM juga adalah bukanlah satu sistem yang mengawal semua tetapi penyelesaian UiTM adalah 'distributed' (menyeluruh), ayat sekarang ini untuk mengawal anda harus beri kawalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan pemegang lesen rasmi F1 In Schools Malaysia, Tiquar Enterprise di Bangunan Canseleri UiTM di sini pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan, fasilitator UiTM Segamat, Johor menjadi tular kerana membuat ‘prank’ ketika Minggu Destini Siswa.

Menurut seorang fasilitator dikenali sebagai Aiman yang mewakili rakan-rakan pimpinannya yang lain, mereka mengakui kesilapan yang dilakukan selain mengakui apa yang mereka lakukan pada hari orientasi tersebut adalah tidak sesuai.

Mengulas lanjut, Shahrin berkata, pada prinsipnya untuk kita dipercayai harus memberi kepercayaan kepada pihak lain.

"Kalau kita tidak percaya kepada mahasiswa kita untuk membuat suatu keputusan, bila pula masa dia ada peluang untuk membuat keputusan tersebut.

"Boleh sahaja kita kata, ini cara untuk melaksanakan (modul seragam MDS) tetapi adakah mahasiswa akan belajar. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh generasi terdahulu (bila berhadapan dengan realiti zaman kini)," ujarnya.

Jelasnya lagi, mahasiswa perlu dibiarkan belajar daripada kesilapan sebagai sebahagian proses pembelajaran mereka di UiTM.

Tambahnya lagi, kesilapan oleh satu dua pihak tidak menghalang UiTM untuk terus komited menganjurkan MDS pada masa hadapan.