Mulai 1 Januari 2025, Johor dalam Kumpulan B - KPM

Iklan
Johor akan dimasukkan ke Kumpulan B susulan pertukaran cuti kepada Sabtu dan Ahad. Foto: Facebook Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor

Pertukaran cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengkategorikan negeri itu kepada Kumpulan B.

KPM dalam kenyataan media memaklumkan, Johor akan diletakkan bersama-sama dengan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor dalam Kumpulan B.

Iklan
Iklan

"Kesemua negeri ini menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu.

"Perubahan berkenaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025,” ujar KPM pada Jumaat.

Iklan

Sambung kementerian lagi, pertukaran berkenaan secara tidak langsung akan membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu ditukar kepada Sabtu dan Ahad menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Iklan

Sekadar info, setiap negeri di Malaysia telah disenaraikan oleh KPM mengikut kumpulan masing-masing iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Negeri bagi Kumpulan A adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala Kumpulan B Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta terbaharu Johor.