Aktiviti komuniti mahasiswa bukan sekadar kejar markah lulus

Iklan

Peluang menjayakan program bersama komuniti Orang Asli oleh mahasiswa semester lima dari Pusat Pengajian Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan sekadar mengutip markah bagi subjek Pembangunan Masyarakat (VKMB 2031).

Sebaliknya, menurut wakil pelajar, Ahmad Shahrizan, penyertaan seramai 12 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM) Kampus Kuala Lumpur itu adalah peluang terbaik buat mereka mendekati dan belajar mengenai kehidupan komuniti Orang Asli di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Benar sekali, objektif utama program Peduli Bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Rasau Hilir, Puchong ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang perlu para pelajar jalani bagi syarat bergraduat.

"Bagaimanapun, maksud tersirat dalam program ini adalah mereka dapat meningkatkan kemahiran insaniah di sampung melibatkan diri dalam pengurusan program kemasyarakatan.

Iklan

"Kami sebenarnya teruja untuk mengadakan program sebegini dan masyarakat Orang Asli di sini juga menerima kehadiran para pelajar dengan begitu mesra.

"Atas kesedaran bahawa mereka perlu disantuni, kami datang dengan sukarela. Ternyata penduduk Orang Asli gembira dan seronok apabila menyertai aktiviti sukaneka yang diatur seperti acara sepak penalti, bawa bola dalam sudu, balingan kasih sayang dan beberapa acara lain,” katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, Tok Batin Kampung Sungai Rasau Hilir, Tok Bahar berkata, penduduk Orang Asli amat berbesar hati dengan kehadiran para penziarah termasuk usaha dilakukan oleh 12 mahasiswa PACE UUM Kampus Kuala Lumpur tersebut.

"Dalam setahun, ada sekali atau dua kali pelajar datang menganjurkan program dengan kami.

"Pelajar UUM sebagai contoh amat ramah dan mesra sepanjang berada di sini,” katanya.

Untuk rekod, PACE UUM mempunyai kira-kira 6,500 mahasiswa yang mengikuti pengajian di 13 pusat pembelajaran seluruh negara.