Tidak membezakan pelajar lelaki mahupun perempuan

Iklan

Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat di Politeknik Banting Selangor (PBS) membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pe•ngajian itu selama tiga tahun tanpa mengira jantina.

Ketua Program, Mohammad Azmin Zainal mengesahkan walaupun jurusan itu dilihat kasar pada mata sesetengah orang menjadikan majoriti pelajarnya adalah lelaki, namun kemasukan pelajar perempuan juga masih ada setiap tahun.

Mohammad Azmin Zainal

Iklan
Iklan

Ini menjadikan lepasan pelajar perempuan jurusan itu mendapat permintaan tinggi oleh pihak industri dek persaingan yang kurang berbanding lelaki.

"Dalam kursus penyenggaraan pesawat ini, mereka bukan hanya belajar membaiki atau menyelenggara pesawat.

Iklan

"Kursus ini juga ada bahagian dokumentasi dan selalunya, pelajar perempuan lebih ke arah tersebut,” katanya.

Mohammad Azmin berkata lagi, syarat kemasukan bagi program itu hanya memerlukan minimum lima kredit mata pelajaran, selain calon pelajar tidak boleh rabun warga dan sihat tubuh badan.

Iklan

"Minimum lima kredit ini adalah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Fizik atau Sains dan mana-mana lagi subjek lain.

"Walaupun nama program ini Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat tetapi ia tidaklah ketat sehingga mewajibkan pelajar mengambil dan lulus subjek Matematik Tambahan atau Kejuruteraan.

"Nanti mereka juga akan belajar subjek kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Matematik di sini,” ujarnya.

Mohammad Azmin memberitahu, pelajar turut didedahkan dengan kursus lain sepeti reka bentuk, keusahawanan dan subjek kokurikulum bagi melahirkan pelajar yang holistik dari aspek kognitif, psikomotor serta sikap.

"Kita hendak melahirkan pelajar yang tinggi kemahirannya agar mereka dapat bersedia sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

"Sekiranya berminat untuk mengikuti program ini, janganlah risau kerana pensyarah di PBS akan membantu dan beri tunjuk ajar asalkan pelajar berkenaan benar-benar berazam menimba ilmu dan rajin,” katanya lagi.