'Pink October 2024' bersama guru SMK Desa Cempaka

Iklan
Sesi demonstrasi PSP dalam kumpulan kecil.

Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau lebih dikenali sebagai 'Pink October', merupakan inisiatif global yang diadakan setiap tahun.

Terbaharu, hampir 40 orang guru wanita terlibat dalam menjayakan program Pink October 2024 anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Sambutan ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah baru-baru ini.

Satu ceramah bertajuk ‘Pemeriksaan Kanser Payudara: Metod dan Mitos’, yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan dari Jabatan Pengimejan Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti KPJ Healthcare (KPJU), Profesor Dr Norhayati Mohd Zain, diadakan sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran warga pendidik SMK Desa Cempaka mengenai pentingnya menjalani saringan awal kanser payudara.

Iklan

Tayangan video pembelajaran prosedur pemeriksaan mamogram dan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara (PSP) menjadi agenda utama program.

"Kebanyakkan wanita di Malaysia mempunyai persepsi negatif terhadap pemeriksaan awal kanser payudara khususnya pemeriksaan mamogram. Penerangan yang jelas adalah amat penting untuk mengubah persepsi ini," kata Dr Norhayati.

Azina (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr Norhayati atas sokongan menjayakan Program Pink October SMK Desa Cempaka, Nilai.

Iklan

Sepanjang berlangsungnya Pink October 2024, para peserta memberi respon positif menerusi interaksi dan mengajukan soalan berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

"Para guru begitu teruja mengikuti sesi demonstrasi PSP menggunakan fantom yang menyerupai tisu payudara manusia. Ini menunjukkan wanita di Malaysia berminat untuk menambah pengetahuan mereka mengenai cara-cara mencegah kanser ini," katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan HEM SMK Desa Cempaka, Azina Zakaria berkata, program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran para guru tentang kesihatan payudara tetapi mendorong mereka menyokong para pelajar dalam mengambil langkah-langkah proaktif menjaga kesihatan.

"Amatlah penting bagi para guru untuk menjadi teladan kepada pelajar dalam mengamalkan amalan gaya hidup sihat," ujar beliau.