Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2024 bukan sekadar fokus tabiat membaca, platform lahirnya penulis muda

Iklan

Seramai 42 pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara dinobatkan sebagai penerima anugerah dalam Majlis Pengiktirafan Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2024 (ATNK 2024).

Program anjuran Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar sekali gus membina tabiat membaca selaras hasrat negara melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.

Shafruddin ketika berucap merasmikan ATNK 2024 pada Khamis.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, Shafruddin Ali Hussin berkata, program NILAM ini tidak hanya menekankan tabiat membaca, malahmelahirkan penulis-penulis muda yang berbakat dalam penulisan kreatif.

"Aktiviti membaca tidak sepatutnya terhenti selepas dinobatkan sebagai johan NILAM sebaliknya akan melahirkan murid-murid yang mampu menghasilkan bahan kreatif sesuai dibaca rakan seusia mereka.

Iklan

"Diharapkan akan bertambah bilangan ‘talent pool’ ini dan boleh menghasilkan karya-karya yang membanggakan,” katanya ketika ucapan perasmian ATNK 2024 pada Khamis di Geno Hotel, Selangor.

Untuk makluman, Karnival Pemerkasaan Bacaan Murid telah diadakan pada 20 hingga 24 Oktober 2024 dengan ATNK sebagai majlis penutup.

Iklan

Pelajar yang terpilih dalam Pertandingan Pemerkasaan Bacaan Murid pada 29 Julai hingga 1 Ogos lalu telah dikumpulkan dalam penilaian akhir sebelum dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Kebangsaan 2024.

Selain itu, para pelajar ini antara pelajar terbaik daripada setiap negeri yang terdiri daripada empat calon NILAM (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dari sekolah rendah dan menengah; dua calon Pengkarya Muda (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dari sekolah menengah; dua calon Video Kreatif TVPSS dari sekolah rendah dan menengah; dan empat calon Bicara Buku (Bahsa Melayu dan Bahasa Inggeris) dari sekolah rendah dan menengah.