Cikgu sedih sikap ibu bapa tak hirau tahap pembelajaran anak

Iklan
Cikgu Nurul Syafwah meluahkan kekecewaannya dengan sikap ibu bapa yang enggan mendengar saranan guru mengenai prestasi pembelajaran anak mereka di sekolah.

Seorang guru menzahirkan kekecewaannya dengan sikap ibu bapa yang tidak menghiraukan tahap pembelajaran dan penguasaan anak mereka di sekolah.

Menerusi akaun TikTok guru berkenaan yang dikenali Nurul Syafwah, ada ibu bapa yang tidak menghiraukan nasihat guru-guru supaya anak dibawa berjumpa pakar.

Iklan
Iklan

"Minggu ini saya sangat sedih dan kecewa dengan ibu bapa seorang murid saya ini sebab dia memang berkeras, tidak bagi respons dengan cadangan kami, guru-guru untuk bawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan diagnosis.

"Cikgu-cikgu ini tidak suka-suka nak suruh anak awak dibawa jumpa doktor melainkan kami rasa anak itu memang kena jumpa doktor," katanya.

Iklan

Video luahan hati guru berkenaan sehingga kini telah mendapatkan 1.3 juta tontonan.

Beliau mengakui ibu bapa anak muridnya itu hanya membuat penafian serta meletakkan harapan bahawa anaknya masih boleh belajar dalam aliran perdana.

Iklan

Jelas Cikgu Nurul Syafwah, keengganan mak ayah mengikut saranan guru sebenarnya hanya akan menganiaya anak mereka sendiri.

"Kesian dengan anaknya sebab dia memang dah lemas dalam aliran perdana ini, tahu tak.

"Jadi ibu bapa tolong semak buku tulis anak-anak, tengok kerja (sekolah) mereka, kalau dah dapat aduan daripada guru yang mengajar tolong jangan paksa anak terus belajar dalam aliran perdana," katanya.

Ujar beliau, ibu bapa bertanggungjawab perlu bersama membantu dan memberi sokongan kepada anak masing-masing supaya dia boleh mendapat pendidikan yang sepatutnya diterima.