eGTukar bantu guru tukar sekolah! ‘Tetapi ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi’

Iklan
Tiga kriteria pertukaran disediakan KPM dalam eGTukar iaitu kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.

Guru yang mengajar di pedalaman sering kali berhadapan dengan cabaran fizikal dan emosi kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam jangka masa yang lama.

Namun, mereka (guru) tetap berusaha untuk kekal berdedikasi dalam mendidik generasi masa depan biarpun keluarga tiada di sisi.

Iklan
Iklan

Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem eGTukar bagi membantu guru jarak jauh memperoleh penempatan yang lebih strategik agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien.

eGTukar bermaksud sistem pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat bahagian, negeri, daerah, sekolah) dan guru.

Iklan

Ia adalah salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah Pengurusan Guru.

eGTukar dibangunkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP).

Iklan

Terdapat dua pengguna utama sistem eGTukar iaitu guru dan pentadbir sistem.

Untuk kategori guru, hanya pengguna (guru) yang telah didaftarkan oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem ini.

Manakala pentadbir sistem, hanya mereka yang telah dilantik sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul berkenaan mengikut peranan yang ditetapkan KPM.

Sebanyak tiga kriteria pertukaran telah disediakan KPM dalam eGTukar.

Kriteria-kriteria itu terdiri daripada kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.

Sementara itu, bagi guru yang membuat permohonan eGTukar, mereka sering mengemukakan beberapa soalan penting tentang sistem tersebut.

Antara yang sering ditanya golongan pendidik adalah:

1) Bilakah keputusan permohonan pertukaran akan diumumkan?

- Tarikh keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman web eGTukar secara dalam talian.

2) Apakah tempoh yang melayakkan seseorang itu lulus permohonan untuk bertukar?

- Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan, dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri dipohon.

3) Adakah pertukaran suka sama suka boleh dilaksanakan?

- Tiada pertukaran suka sama suka dilaksanakan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 1975 Panduan Pertukaran Guru.

4) Bolehkan membuat rayuan sekiranya permohonan saya tidak diluluskan?

- Keputusan adalah muktamad dan tiada permohonan rayuan dibuka. Para guru dinasihatkan untuk membuat permohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang.