Program Rintis Sekolah Angkat bangunkan potensi generasi muda

Iklan
Kerjasama KPJU dan JPN Johor bakal membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan.

KPJU bantu pelajar daripada keluarga B40 merealisasikan peluang kerjaya kejururawatan

Program Rintis Sekolah Angkat yang merupakan projek kerjasama antara pihak KPJ Healthcare University (KPJU) bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor secara keseluruhannya bertujuan untuk membangunkan potensi diri pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Projek yang dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak KPJ International College, Johor Bahru mulai Mei hingga Oktober 2024 telah memberikan fokus kepada 38 sekolah dalam daerah Johor Bahru menerusi pendedahan kepada kepentingan kerjaya kejururawatan.

Iklan
Iklan

Menurut Naib Canselor KPJU, Profesor Emeritus Dauk Dr Lokman Saim, program tersebut dijangka dapat memperkukuhkan bimbingan kepada pelajar terutamanya dalam bidang kejururawatan.

Malah katanya, ia sekali gus akan membuatkan mereka berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan.

Lokman

Iklan

Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar Tingkatan Lima khususnya golongan B40 kepada program pendidikan Diploma Kejururawatan dan peluang menyambung belajar dengan KPJU.

Sebanyak 38 sekolah di daerah Johor Bahru telah dipilih untuk menerima maklumat mengenai KPJU, dengan bimbingan diberikan dari peringkat awal kepada para pelajar dan ibu bapa tentang prospek dan kerjaya dalam bidang kejururawatan.

Iklan

"KPJ menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di KPJU tanpa perlu membayar yuran pengajian terutamanya pelajar daripada golongan B40, melalui biasiswa dan seterusnya berkhidmat sebagai jururawat di hospital KPJ,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Eksekutif KPJ International College of Nursing and Health Sciences Johor Bahru, Zaliza Mohamed berkata, program berkenaan juga dilihat bakal membantu menangani masalah kekurangan jururawat.

Beliau turut menyatakan bahawa penyertaan pelajar lelaki di KPJU merupakan satu perkembangan positif.

"Jururawat lelaki amat diperlukan khususnya di hospital dan lokasi yang menarik minat mereka seperti di ‘offshore’.

"Program ini juga bertujuan menangani isu keciciran pelajar serta membantu mereka membina jati diri melalui motivasi yang berkesan sementara sekolah berperanan memberi tumpuan dari segi perkembangan akademik pelajar.

"Sebagai contohnya, Program Motivasi Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam fasa keempat telah membantu pelajar mencapai keputusan percubaan SPM yang lebih baik," katanya.

Warga KPJU, JPN Johor dan para pelajar dalam Program Rintis Sekolah Angkat baru-baru ini.

Laluan kerjaya

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yahya Mohamed menyatakan, program ini turut membuka hala tuju pelajar dalam melanjutkan pengajian mereka.

Beliau berkata, usaha yang dilaksanakan oleh KPJU adalah contoh penglibatan sektor swasta dalam menyokong pendidikan di Malaysia.

"Di Johor, program ini menyediakan laluan kerjaya, pendedahan awal dan gambaran keadaan sebenar dalam bidang kejururawatan, satu inisiatif yang amat baik.

"Pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada golongan B40 dan mereka perlu memenuhi syarat kelayakan minimum termasuk lulus dengan kepujian dalam lima mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan dua subjek lain sebagai syarat asas untuk melayakkan mereka memulakan pembelajaran dalam Diploma Kejururawatan,” katanya.

REAKSI

1)"Saya yakin mentor di KPJU akan membantu memupuk minat pelajar dalam bidang kejururawatan. Kehadiran jururawat lelaki juga merupakan satu perkembangan positif kerana mereka dapat membantu jururawat perempuan dalam menguruskan pesakit dan tugas lain yang berkaitan.”

- Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti 2, G Parthiban

G Parthiban

2)"Minat menjadi jururawat bermula apabila saya kerap ke hospital untuk menerima rawatan sambil beramah mesra dengan jururawat. Saya mahu belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan SPM yang cemerlang dan melayakkan diri menyertai program Diploma Kejururawatan anjuran KPJ International College Johor Bahru.”

- Pelajar SMK Tan Sri Mohamed Rahmat, Nurul Raihah Rosli

Nurul Raihah

3)"Selepas habis sekolah, saya memang nak bekerja sebagai jururawat atau ahli farmasi. Saya juga berminat nak sambung belajar di KPJU."

- Pelajar SMK Taman Bukit Indah, Alyshyaa Queen

Alyshyaa