Pengetua, pengarah institusi pendidikan Mara sorok kes buli bakal dikenakan tindakan tegas - Asyraf Wajdi

Iklan

"Jangan sesekali ada institusi pendidikan Mara termasuk MRSM yang sorok kes buli. TPM telah arahkan saya jika ada kes buli disorokkan maka tindakan akan turut diambil ke atas pengetua terbabit."

Itulah pesanan tegas yang dimuat naik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dikongsi susulan isu buli melibatkan pelajar institusi pendidikan yang semakin menjadi buah mulut sejak akhir-akhir ini.

"Sebelum ini, saya sudah tegaskan bahawa tiada kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana Institusi Pendidikan Mara (IPMA) termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Iklan

"Saya tidak kira anak pembesar ke anak orang kenamaan berpengaruh sekalipun jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di IPMA.

"You touch, you go,” tulisnya di ruangan komen.

Iklan

Tegas Asyraf Wajdi lagi, beliau turut mendapat arahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan tegas termasuk menukar pengetua, pengarah MRSM atau IPMA yang didapati menyorokkan maklumat dan menutup kes-kes berkaitan buli.

Sebelum ini, media dikejutkan dengan insiden buli membabitkan pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM), Sungai Besi menjadi mangsa buli dan dera.

Difahamkan, mangsa yang mengikuti jurusan kejuruteraan dibuli dan didera penuntut senior dengan menekap seterika pada bahagian dada mangsa sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial.

Meninjau ke ruangan komen rata-rata bersetuju dan berpuas hati dengan tindakan Asyraf Wajdi yang tidak berkompromi terhadap isu buli terutamanya di institusi pendidikan.

Muhammad Faiz Hashim: Setuju sangat-sangat. Budaya membuli ini harus dibanteras dan dihentikan. Yang melindungi dan sorok kes buli harus diberhenti kerja kerana gagal menjalankan tanggungjawab dan amanah.

Qaseh Ayu: Itu yang sebaiknya. Bukan MRSM sahaja tetapi sekolah-sekolah lain atau asrama penuh dan sebagainya. Jangan sorokkan kes buli ini sebab hendak jaga reputasi nama sekolah. Yang merana budak itu. Semoga diambil tindakan yang tegas dan berat terhadap pembuli dan juga mana-mana sekolah yang menyembunyikan perkara ini.

Azri Linggi: Sangat-sangat setuju Dr. Budaya ini mesti dihentikan segera. Contoh depan mata dah ada masih lagi berlaku kes yang sama ditempat yang sama.

Hamdan: Ini baru tindakan yang tepat dan betul. Jangan hanya pandai jaga nama sekolah sahaja. Kes bulu buli semua disorok.