Pemergian guru ditangisi ramai! ‘Segala kenangan dan ilmu dicurahkan akan kekal dalam hati’

Iklan
Antara guru yang telah meninggal dunia, hasil pencarian Sinar Bestari di laman Facebook.

Dalam beberapa minggu ini, negara kehilangan guru-guru yang berdedikasi sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.

Jasa mereka tidak ternilai ketika membimbing anak-anak didik di sekolah di mana sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan para pelajar berjaya mencapai cita-cita sekali gus menjadi individu yang berbakti kepada masyarakat.

Iklan
Iklan

Sesungguhnya, pemergian barisan pendidik hebat ini sukar dicari ganti.

Hari ini, Sinar Bestari kongsikan sebahagian nama guru yang telah meninggal dunia, seperti dipetik menerusi grup komuniti di Facebook.

Iklan

Semoga ALLAH SWT menempatkan roh mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dijauhkan daripada seksaan kubur serta api neraka.

1) Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan, Johor, Cikgu Nor Azlan Janani

Iklan

2) Guru Sekolah Agama Kem Mahkota Kluang, Johor, Ustazah Nur Fatinatul Etrah Tajudin

3) Mantan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ipoh, Perak, Noor Azni Yahya

4) Mantan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran 2, Pahang, Abd Rahim Jamari

5) Guru SK Nanga Ngungun, Kanowit, Sarawak, Cikgu Ayub Angu @ Cikgu Ubert

6) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), SK Coronation Park, Ipoh, Perak, Ustaz Zamree Mat Ali

7) Mantan guru Sains, Cikgu Mohd Nazaruddin Yusoff @ Kipas Hikmat

8) Guru SKUlu Sepetang, Taiping, Perak, Cikgu Zarina Othman

9) Guru SK Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, Ustazah Rosilah Ishak

10) Guru SK Lui Timor, Negeri Sembilan, Cikgu Harlina Zabali