Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah

Iklan

Tiga murid Orang Asli suku kaum Temiar, Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Pos Pasik di Kelantan, melakar sejarah apabila berjaya mencipta inovasi menggunakan teknologi robotik yang membantu memudahkan urusan harian di rumah tradisi mereka.

Romzi Anjang dan Siti Saleha Masri, yang berumur 12 tahun, dan Mekrenik Rabu, 11, berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu, selain digunakan di tempat menyidai pakaian serta kawasan siraman pokok.

Iklan
Iklan

Ahmad Najmuddin Jaafar, yang bertindak sebagai guru pembimbing berkata, produk ciptaan ketiga-tiga murid melalui projek Dekatemiar juga akan mewakili negara ke Olimpiad Robot Antarabangsa 2024/2025 di Busan, Korea Selatan dari 16 hingga 21 Feb 2025.

"Dekatemiar bermaksud Rumah Temiar dan ia melambangkan suku kaum mereka di sini. Rumah ini dibina menggunakan bahan semula jadi dengan atapnya diperbuat daripada daun nipah manakala dinding pula dihiasi anyaman kelarai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata mereka kini giat memperkemas model rumah robotik sebelum membawanya ke pertandingan antarabangsa itu.

"Kami telah menerima surat jemputan daripada penganjur untuk menyertai pertandingan itu bagi kategori reka cipta (inovasi)," katanya. - Bernama

Iklan