'Ramai datang untuk solat jenazah kau, dik! Ada ulama, imam Palestin, cikgu dan sahabat handai. Penuh surau’ - Kakak Ustaz Muaz

Iklan
Terlalu ramai yang datang memberi penghormatan terakhir kepada Ustaz Muaz yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Foto: Facebook Hajar Abdullah

Ramai yang hadir untuk menyembahyangkan jenazah Ustaz Muaz Abdullah, mangsa kemalangan maut Selasa lalu.

Bukan sekali disolatkan, bukan dua kali tetapi tiga kali solat jenazah untuk Allahyarham.

Iklan
Iklan

Seperti kata kakaknya, Hajar Abdullah di ruangan Facebook pada Rabu...

"Kematianmu dik, sangat dicemburui. Kebaikanmu disebut-sebut. Dan orang-orang menjadi saksi.

Iklan

Ketika jenazah (Ustaz Muaz) di Surau Al Taqwa SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor sampai, bukan sekali disolatkan, bukan dua kali tapi tiga kali.

Ulama-ulama datang, imam dari Palestin, guru-guru adik, sahabat-sahabat adik, alumni madrasah adik, pelajar-pelajar adik, entah dari mana ramainya orang datang till the whole surau level atas dan bawah penuh.

Iklan

People keep saying about his goodness. Guru adik, Habib Hussein (cucunda Baginda Rasulullah SAW) menyediakan qasidah khas buat adik,” maklum Hajar.

Mengulas lanjut, kakak arwah berkata, usai solat jenazah, arwah terus dikebumikan sekitar jam 11.30 pagi Rabu.

Catatnya lagi, hingga ke kubur, masih ramai orang yang datang memberi penghormatan terakhir kepada adik bongsunya itu.

"Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atasmu wahai Muaz bin Abdullah.

"Moga roh adik dalam kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa. Amin ya Mujib.

"I miss you, my dear brother,” akhiri Hajar di Facebook.