Guru kecewa semak karangan murid! ‘Dia hanya tulis perkataan Zip Zip Zip dalam kertas ujian’ - Cikgu Lenna

Iklan
Hanya perkataan ‘Zip Zip Zip’ yang memenuhi kertas ujian seorang murid.

Segala ilmu telah dicurahkan kepada anak murid, tetapi mengapa mereka masih memberi jawapan yang ‘bukan-bukan’ dalam kertas ujian di sekolah?

Itulah dilalui seorang guru, Lenna K Joseph yang berkongsi kisah anak didiknya ‘gagal’ menghasilkan esei seperti dikehendaki.

Iklan
Iklan

Tulis beliau di Facebook pada Ahad, karangan yang dihasilkan murid mengejutkannya kerana dia hanya menulis ‘Zip Zip Zip’ dalam kuantiti banyak walaupun arahan soalan memintanya menyiapkan esei bertajuk ‘Lawatan ke zoo’.

"Zaman saya dulu, menjelang Tahun Enam dah tahu format penulisan surat rasmi, surat tidak rasmi, tulis laporan, tulis cerita, tulis syarahan dan lain-lain.

Iklan

"Take for example, sebelum minggu ujian dah drill cara menjawab soalan essay format email. Siap bagi contoh ayat kunci untuk secure (selamat) markah mudah. Tapi masa exam? Sehabuk ilmu yang dicurahkan pun tarak...kecewa tau sik.

"They're not even trying, main-main lagi jawab,” tulisnya di Facebook.

Iklan

Dalam catatan sama, Cikgu Lenna memaklumkan, masalah murid zaman sekarang bukan sebab mereka tidak pandai.

"Tapi sebab mereka (murid) malas dan sikap tak peduli.

Cikgu buat lah lesson plan (rancangan pengajaran) kebaboom macam mana pun, kalau murid itu malas, tetap juga tak guna.

Kalau alasan nak cakap ‘buat lah sesi pembelajaran yang berorientasikan game dan kuiz, the thing is, tak semua konten pembelajaran dapat buat macam tu. Lagi-lagi topik writing yang memerlukan murid untuk menulis. Tak kan setiap masa main Kahoot, main poison box, main quizziz dan sebagainya?" katanya.

Hakikatnya, ujar beliau, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengambil kisah tentang pembelajaran anak-anak mereka.

"Not to forget yang terlalu manjakan anak mereka. These kind of parentslah yang akan lead to the downfall of their own children's future in study.

"Tapi syukur, tak semua keluarga begini. Ada yang betul-betul ambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Keluarga jenis ini yang kita puji dan tabik!" jelasnya mengakhiri hantaran di Facebook.