Peperiksaan tangguh! Mohon pelajar KKTM Pasir Mas jaga diri semasa banjir

Iklan
Peperiksaan akhir sesi Julai - Disember 2024 ditangguh susulan banjir yang melanda KKTM Pasir Mas.

Satu pengumuman penting telah dimaklumkan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas, Kelantan di Facebook pada Rabu.

Mereka memaklumkan, peperiksaan akhir sesi Julai - Disember 2024 yang sepatutnya dilaksanakan bermula 24 November lalu telah ditangguhkan sehingga 2 Disember ini.

Iklan
Iklan

"Penangguhan disebabkan situasi banjir yang melanda KKTM Pasir Mas dan kawasan sekitarnya.

"Kerjasama daripada pelajar untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda masing-masing amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih,” catatnya di Facebook.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat warga KKTM Pasir Mas yang terjejas akibat banjir di musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Liza Zul: Semoga anak-anak tabah menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan, insya-ALLAH.

Iklan

Azlan Alan: Kesian dekat anak-anak.

Erin Evans: Semoga baik-baik sahaja dan ALLAH pelihara keselamatan warga KKTM Pasir Mas. Adik saya ada juga terlibat dengan banjir. Risau sebab tak dapat hubungi. Insya-ALLAH saya percaya dengan pengurusan pihak terlibat.