Singgah Kopi bawa tuah buat pelajar Sabah rangkul kejuaraan Business Pitching

Iklan

Menanam semangat membantu ekonomi mahasiswa, Mohd Asran Lataga berusaha menjalankan perniagaan sehingga berjaya memenangi pertandingan 'International Business Pitching' di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), awal November lalu.

Mahasiswa Tahun Dua dalam jurusan Sains Data Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, mengetengahkan produk ‘kopi hipster’, Singgah Kopi, yang dijangka menambah pendapatan di samping meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar.

Iklan
Iklan

Mohd Asran, 27, yang turut memiliki ijazah sarjana muda pertama dalam bidang TESL itu juga berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan pitching perniagaan peringkat antarabangsa bagi tujuan membantu penduduk Sabah.

Bersaing dengan lebih 150 peserta dari pelbagai institusi termasuk dari negara Indonesia, New Zealand, United Kingdom, Australia, Jordan, Mesir dan lain-lain, Mohd Asran muncul sebagai salah seorang finalis teratas sekali gus mengungguli pertandingan itu.

Iklan

Beliau berjaya mengalahkan peserta lain termasuk mereka yang telah bekerjaya sekali gus membuktikan ketokohan serta kebolehan mahasiswa dalam mencipta perubahan yang berimpak.

Untuk rekod, Singgah Kopi adalah projek inovatif Mohs Asran yang berasaskan model perusahaan sosial.

Iklan

Ia bertujuan membantu mahasiswa golongan B40 di kampus UMS dan komuniti B40 sekitar universiti.

Selain menyediakan platform untuk menjana pendapatan, Singgah Kopi juga menawarkan latihan dan pengalaman dalam bidang keusahawanan serta kepemimpinan kepada golongan muda.

Majlis penyampaian hadiah diadakan dengan meriah dan trofi serta hadiah diserahkan oleh CEO My Venture Capital, Muhammad Afiq Mohmad Nazari.

Sementara itu, Mohd Asran meluahkan rasa keyakinan bahawa hadiah kemenangan ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui keusahawanan sosial dan usaha gigih yang dilakukan dengan penuh dedikasi.

"Projek Singgah Kopi diharapkan dapat dikembangkan ke seluruh Malaysia suatu hari nanti, dengan matlamat membuka kiosk di setiap IPT," katanya.

Mohd Asran juga berkongsi cita-cita untuk memberi lebih banyak peluang kepada golongan muda dan masyarakat setempat berkembang dalam bidang perniagaan sambil memperbaiki taraf hidup mereka.

"Dengan semangat untuk terus membantu masyarakat, kejayaan ini hanyalah permulaan.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat buat manusia lain,” katanya.