Kenali tujuh peralatan membersihkan kotoran akibat banjir

Iklan
Proses pembersihan rumah atau kediaman masih boleh dilakukan dengan mudah jika anda menggunakan peralatan bersesuaian. Foto: Bernama

Kejadian banjir menyebabkan rumah atau kediaman dilimpahi lumpur dan air kotor sekali gus menjadikannya tempat yang tidak selamat dan tidak sihat untuk diduduki.

Penghuni perlu segera membersihkan kediaman mereka setelah banjir surut bagi mengelakkan pertumbuhan kulat dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan.

Iklan
Iklan

Kerosakan akibat banjir seperti perabot dan barang-barang yang kotor perlu dibersihkan atau dibuang untuk mengelakkan penularan penyakit.

Dalam situasi ini, bukan mudah untuk mencuci kesan kotor dan lumpur akibat banjir.

Iklan

Bagaimanapun, proses pembersihan berkenaan masih boleh dilakukan dengan mudah jika anda menggunakan peralatan yang bersesuaian.

Foto: Bernama

1) Water Jet

Iklan

Peralatan ini antara yang paling penting buat masa ini kerana ia menjimatkan masa dan tenaga untuk bersihkan lumpur yang terdapat di kawasan kediaman.

2) Penyodok Air

Memudahkan air dialirkan dan mengeringkan lantai dengan cepat.

3) Sarung tangan

Dinasihatkan memakai sarung tangan ketika membersihkan kediaman yang terlibat banjir supaya tangan tidak melecet dan selamat.

4) Pekakas Utiliti

Berus, pisau utiliti, tukul, pengikis lantai, penyapu dan kaca mata pelindung. Melancarkan dan memudahkan proses pembersihan kediaman yang dilanda banjir.

5) Topeng pelitup muka

Peralatan ini untuk melindungi kesihatan anda apatah lagi ketika mencuci rumah yang dilanda banjir.

6) Dehumidifier

Merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk mengurangkan serta mengawal kelembapan udara. Ia dicipta untuk menarik kelembapan dan mengeluarkan udara kering.

7) But plastik kalis air

Bila banjir yang membawa lumpur, sudah pasti kita tidak dapat melihat sebarang binatang atau objek tajam yang ada di sekeliling.

Justeru, but plastik kalis air ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan pada kaki.