Keadaan sekolah perlu selamat & kondusif - Fadhlina

Iklan
Fadhlina

Semua sekolah terjejas banjir perlu dipastikan supaya benar-benar bersih, selamat dan kondusif sebelum pelajar kembali meneruskan sesi persekolahan pascabencana itu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.

Iklan
Iklan

"Kita mahu sekolah segera dibersihkan dan aspek keselamatan diutamakan kerana anak-anak perlu kembali ke sekolah segera. Jadi kita sedaya upaya nak kembalikan kelas fizikal, tapi kena pastikan bersih dan selamat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar, Kedah.

Iklan

Mengenai anggaran kerugian, beliau berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat daripada semua sekolah terlibat.

"Biasanya kita sudah ada unjuran (kerugian) tapi ada setengah sekolah barangkali teruk sedikit daripada yang lain, jadi kita perlu angka sebenar daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya dapat segera atasi isu berkaitan.

Iklan

"Kita ada peruntukan bencana yang boleh dipohon segera oleh pihak sekolah jika ada kerosakan yang akan melumpuhkan keseluruhan institusi sekolah," katanya.

Fadhlina berkata, di Kedah terdapat 19 sekolah terjejas banjir, namun kebanyakan sudah kembali beroperasi seperti biasa dan hanya beberapa sekolah yang masih melaksanakan sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). - Bernama