'Ustazah Sabarilah insan yang sangat baik. Kami pasti akan merinduinya' - Warga maya

Iklan
Ustazah Sabarilah berkhidmat di Sekolah Agama Gemereh pada 3 Januari 2006 hingga 10 Ogos 2017 dan terkenal sebagai insan luar biasa dan baik budi pekertinya.

Sekolah Agama Gemereh, Segamat, Johor dikejutkan dengan pemergian mantan guru, Ustazah Sabarilah Long pada Sabtu.

Difahamkan, jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Raya dan dihadiri ahli keluarga, kenalan rapat dan sahabat handai sebagai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Iklan
Iklan

Ustazah Sabarilah yang berkhidmat di sekolah berkenaan pada 3 Januari 2006 hingga 10 Ogos 2017 terkenal sebagai insan yang luar biasa dan baik budi pekertinya.

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH. Allahyarham adalah insan yang sangat baik,” kongsi Hafiz SG di Facebook Sekolah Agama Gemereh.

Iklan

Selain beliau, beberapa warga maya turut menitipkan salam takziah atas kematian Ustazah Sabarilah.

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga tabah dengan ujian pemergian ini. Al-Fatihah buat roh arwah Ustazah Sabarilah. Semoga rohnya tenang bersemadi dengan para syuhada,” tulis Makcu Zet Abd Rahman.

Iklan

"Al-Fatihah buat arwah," kata Hamidah Idros.

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Semoga ustazah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," ujar Muhammad Zahin.