Mencapai kejayaan dalam kerjaya sememangnya bukan perkara mudah, terutama bagi seorang guru.
Tugas seorang guru bukan sahaja memerlukan kepakaran dalam bidang ilmu, tetapi juga kemahiran interpersonal, ketabahan dan dedikasi yang tinggi.
Guru berperanan dalam membentuk generasi masa depan, memberi inspirasi dan menjadi pembimbing kepada pelajar-pelajar mereka.
Untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya sebagai guru, terdapat beberapa kunci kejayaan yang perlu diambil kira dalam mencapai apa yang diidamkan.
1) Kekalkan originaliti anda
Kebanyakan sekolah mahukan keunikan personaliti dan kekuatan tersendiri seorang guru bagi membantu mereka bersama-sama mendidik pelajar. Jika anda seorang guru yang pelik dan kelakar serta unik, masukkan elemen ini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Be yourself.
2) Jadi inovatif
Bagi yang baru menjadi guru, mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Oleh itu, pastikan anda sentiasa menyerap segala pengetahuan, idea dan pengalaman daripada sesi PdP setiap hari.
Jangan gusar untuk bereksperimentasi tatkala mengajar. Mungkin cikgu-cikgu perlukan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti yang besar dan ia boleh dilakukan bermula dari kelas masing-masing.
3) Kerjasama
Ini amat penting untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan sekolah. Pastikan cikgu-cikgu memberi komitmen 100 peratus terhadap sekolah terutamanya jika anda guru muda dan baharu. Jangan banyak memberi alasan dan juga curi tulang! Ia tidak membantu karier anda sama sekali.
4) Berdedikasi
Sentiasa berdedikasi dalam mengajar memandangkan anda memilih untuk menjadi guru pada awalnya.
Jika ini bukan kerjaya pilihan, belajarlah untuk menyukainya. Apabila guru-guru sudah suka, dedikasi itu lebih mudah untuk datang dan anda akan lebih bersemangat dan gembira sepanjang menjalankan tugas.
5) Berseronoklah
Kesemua di atas sudah pasti diperlukan sepanjang bergelar guru dan yang paling utama adalah nikmati dan berseronoklah sebagai seorang pendidik.
Kadang kala, ia mungkin menyakitkan hati dan juga memberi tekanan tetapi itu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.
Jadilah diri anda sendiri, bekerjasama dengan rakan guru lain, sayangkan kerjaya dan seterusnya bergembiralah.