UPTM tubuh IKEB dan Teaching Accounting Firm (TAF PACCT)

Iklan
Perasmian PACCT, UPTM yang disempurnakan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah).

Tekad lahir usahawan akauntan profesional

Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan pendidikan berkualiti dalam bidang sains sosial dan profesional.

Universiti itu turut memfokuskan kepada kajian penyelidikan dan inovasi selaras objektif menjadinya sebagai sebuah universiti.

Iklan
Iklan

Pengiktirafan sebagai universiti penuh yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech •Mara• Kuala Lumpur (KUPTM) pada 6 Januari 2023, memacu pusat pengajian itu untuk fokus dalam bidang kajian penyelidikan dan inovasi bagi meningkatkan ekuiti serta memperteguh penyelidikan.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPTM, Profesor Madya Dr Muhamad Nizam Jali berkata, kini universiti itu sudah mencapai lebih kurang 100 penerbitan berimpak tinggi setiap tahun, selain mendapat geran kerajaan, industri atau badan antarabanga bagi memperkukuhkan penerbitan berindeks tinggi dan diiktiraf.

Muhamad Nizam Jali

Iklan

Tidak hanya itu, UPTM katanya, mewujudkan Institut Kajian Ekonomi Bumiputera (IKEB) sebagai platform bagi membantu pelaksanaan agenda Pelan Transformasi Bumiputera 2035 (PUTERA35)

"IKEB ditubuhkan pada tahun ini (2024) untuk memberi sumbangan dari segi menjadi hab data sosio-ekonomi bumiputera di samping membuat kajian dan penerbitan merangkumi bidang ekonomi, kesihatan, pemilikan serta kehidupan memfokuskan penduduk luar bandar.

Iklan

"Segala sumbangan berkait rapat dengan yang dinyatakan akan disimpan datanya dalam IKEB.

"Justeru, perancangan 2025 IKEB akan menjadi platform pengumpulan data, seterusnya dirancang bagi menjalankan kajian yang berkaitan," katanya ketika ditemui Sinar Bestari.

Muhamad Nizam memberitahu, IKEB dapat mendorong kerjasama antara pihak UPTM, agensi kerajaan, swasta, universiti tempatan dan luar negara serta masyarakat dalam meningkatkan pembangunan ekonomi bumiputera.

Dengan adanya IKEB di UPTM, ia sedikit sebanyak membantu memandu agenda pemerkasaan bumiputera di landasan yang tepat.

"la berikutan penubuhannya memainkan peranan penting dalam menjadi sebuah hab data dan untuk melaksanakan kajian, penilaian dan laporan keberkesanan sesebuah inisiatif dan program," kongsi Muhamad Nizam.

PACCT galak usahawan akauntan bertauliah

Muhamad Nizam berkata, UPTM turut menubuhkan Prudence Consulting Group (PACCT) Teaching Accounting Firm (TAF) yang dirasmikan bersama IKEB oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ogos lalu.

Menurutnya, Firma Perakaunan PACCT merupakan inisiatif di bawah program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) seliaan Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) MARA.

Asyraf Wajdi (dua dari kanan) merasmikan IKEB, UPTM dengan diiringi Naib Canselor UPTM, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Shiekh (tengah).

Dalam erti kata lain, penubuhan PACCT merealisasikan impian akauntan profesional untuk menubuhkan firma perakaunan sendiri yang dibantu Mara.

"Usahawan akauntan akan datang ke TAF PACCT UPTM ini, selain mendapat bantuan membuka firma perakaunan mereka juga dapat membantu universiti dari aspek pendedahan khususnya kepada pelajar dan pensyarah berkenaan dengan dunia pekerjaan sebenar melibatkan bidang berkenaan."

Antara perkongsiaan melibatkan tugas-tugas serta kemahiran yang diperlukan bagi menambah nilai pelajar dan pensyarah di UPTM dalam dunia perakaunan," ujarnya.

Menariknya, UPTM adalah satu-satunya universiti di bawah Institut Pendidikan Mara (IPMA) yang menawarkan konsep Teaching Accounting Firm perakaunan. Katanya, kini usahawan PACCT telahpun melebarkan sayap dan membuka cawangan firma perakaunan di seluruh negeri dalam negara.

"Keseluruhan usahawan khususnya bidang akauntan ini seramai 30 orang.

"Dengan adanya TAF sebagai tempat pendedahan, ia memanfaatkan lebih kurang 50 pelajar ijazah sarjana muda perakaunan dan 10 pensyarah bidang itu," beritahunya lagi.

Jelasnya, TAF yang diwujudkan ini akan menyasarkan graduan perakaunan UPTM untuk memberi nilai tambah dengan ilmu, kemahiran dan teknikal yang praktikal dalam dunia sebenar perakaunan seterusnya membantu melahirkan lebih ramai akauntan bumiputera profesional.