Status juara berganda Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) tahun bukan jaminan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam akan berdepan laluan mudah edisi 2024 kecuali dengan disiplin tinggi dalam kalangan pemain sekolah dalam kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana itu.
Pendekatan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dipraktikan pengendali pasukan Osmera Omaro bersama barisan kejurulatihan bermula dengan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih menewaskan SMK Darul Ehsan, 2-0 di padang SMK USJ 23, 11 November lalu membuahkan hasil apabila mara ke pentas perlawanan akhir.
Edisi 2024, SMK Tinggi Kajang menjadi halangan terakhir pasukan berpangkalan di Shah Alam, namun Osmera berkata, pasukan itu telah melakukan persiapan sebaik mungkin bagi berdepan anak buah Mohamad Hafizudin Sulaiman.
"Saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2024 lebih mencabar buat kami apabila kehilangan beberapa pemain tonggak yang 'disambar' Sekolah Sukan Negeri Selangor dan Kuala Lumpur selepas kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia.
"Selain itu, saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 yang berlangsung dalam musim peperiksaan juga cabaran buat jurulatih dalam aspek latihan bagi membentuk pasukan yang mantap.
"Biarpun begitu, alhamdulillah dengan sokongan padu Pengetua SMK Shah Alam, Dewi Intra Wirdanurani Ramli, pasukan sekolah berjaya melepasi setiap fasa saingan untuk mara ke pentas perlawanan akhir
"Perlawanan akhir menentang SMK Tinggi Kajang, kami tekad menampilkan gaya bola sepak sebenar SMK Shah Alam," katanya yang juga lega apabila barisan pemain bebas kecederaan dan pengantungan.
Sebagai rekod, SMK Shah Alam mengesahkan kemaraan selepas menjinakkan SMK Bukit Kapar, 2-1 dalam perlawanan separuh akhir di padang A Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 28, pada 10 Disember lalu.
Ditanya SMK Tinggi Kajang dari sudut pandangannya, Osmera berkata:"SMK Tinggi Kajang datang ke pentas perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15, dengan reputasi sekolah bola sepak yang mempunyai warisan yang baik.
"Kami menghormati mereka dan tekad memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan ini memandangkan mereka satu pasukan yang mantap."
Kejohanan pembangunan B-15 edisi 2024 dibarakan dengan penajaan daripada Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.
INFO:
ROAD TO PETALING JAYA PIALA DATUK MOKHTAR DAHARI B-15 2024
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SHAH ALAM, SHAH ALAM
(PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA)
PENGURUS:
Zaharol Ismail
KETUA JURULATIH:
Osmera Omaro
PENOLONG:
Mohamad Shahrul Hisham Khasim
JURULATIH PENJAGA GOL:
Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi
FISIOTERAPI:
Mohamad Alif Asyraf Che Mohd Yusoff
PEMAIN-PEMAIN
8. Aiman Muhammad Naufal Masyarudin
13. Muhammad Irsyad Talib
7. Muhammad Darwisy Danish Mohd Noor Kerisman
12. Naqib Hariz Yazid
11. Darwisy Ukail Mohd Ezazulhelry
6. Aiman Aqasha Khairul Nizam
3. Muhammad Arfan Mohd Akhbar
2. Muhammad Darwisy Rayyan Rizqi Mohd Sazali
15. Muhammad Rayyan Haikal Mohd Rusdi
14. Putera Alif Saifullah Shamsul Nizam
5. Wan Muhammad Uzair Wan Zamri
16. Muhammad Amal Mohd Dom
1. Muhammad Ryan Rizqi Mohd Asril
17. Muhammad Farish Irfan Marzuki
9. Muhammad Amirul Hazim Zamri
20. Wan Wafi Qusyairi Wan Mohd Jasni
4. Muhammad Adib Rayyan Faizul Nizam
10. Mohammed Shafar Hamizan Barakathullah
18. Emeer Qhalish Noorhakim
19. Adzmil Haznieq Aqram Abdul Halim
PUSINGAN 32
KUMPULAN A
SMK Shah Alam 2-0 SMK Darul Ehsan
SMK Shah Alam 4-0 SMK Taman Dato' Harun
SMK Jalan Tiga 0-2 SMK Shah Alam
* SMK Shah Alam mara dengan status juara Kumpulan A
PUSINGAN 16 TERBAIK
SMK Shah Alam 2-1 SMK Bukit Sentosa 2
SUKU AKHIR
SMK Shah Alam 2-1 SMK Syed Mashor
SEPARUH AKHIR
SMK Shah Alam 2-1 SMK Bukit Kapar
ISNIN (16 DISEMBER)
FINAL
SMK Shah Alam lwn SMK Tinggi Kajang
(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8 malam