'Saya terkedu baca jawapan murid, ia seolah-olah dia tidak memahami langsung soalan tersebut'

Iklan
Guru antara individu yang paling sedih apabila menyemak kertas ujian para pelajarnya. Mereka hampa, terkilan dan sangat kecewa apabila usaha mengajar tidak dihargai dan terbukti melalui jawapan yang tidak menunjukkan kesungguhan pelajar.

Kebelakangan ini, media sosial kecoh dengan perkongsian jawapan ‘mengejutkan’ yang diberikan para pelajar dalam kertas ujian atau peperiksaan.

Jawapan pelik, tidak masuk akal, kertas jawapan dibiarkan kosong dan sebagainya, mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai hingga terbit rasa bimbang.

Iklan
Iklan

Guru antara individu yang paling sedih apabila menyemak kertas ujian para pelajarnya. Mereka hampa, terkilan dan sangat kecewa apabila usaha mengajar tidak dihargai dan terbukti melalui jawapan yang tidak menunjukkan kesungguhan pelajar.

Ujar mereka, hati seorang guru sangat terluka bila melihat jawapan anak-anak didik yang seperti tidak menghargai proses pembelajaran. Setiap soalan dalam ujian dirancang untuk mencabar minda pelajar, bukan dijawab sambil lewa.

Iklan

Baru-baru ini, seorang guru meluahkan rasa sedih apabila seorang muridnya gagal menghasilkan esei seperti dikehendaki.

Katanya, karangan yang dihasilkan oleh murid itu sangat mengejutkan kerana dia hanya menulis ‘Zip Zip Zip’ dalam bilangan yang banyak walaupun arahan soalan memintanya menyiapkan esei bertajuk ‘Lawatan ke zoo’. Guru itu terkedu membaca jawapan yang diberikan, seolah-olah murid tersebut tidak memahami langsung soalan tersebut.

Iklan

Selain jawapan tidak masuk akal, terdapat pelajar yang hanya menconteng kertas ujian sebagai pengganti kepada jawapan. Tidak kurang juga, ada yang melukis ‘orang lidi’ beserta ayat 'di sini rancak, di sana rancak, mana-mana rancak, berdosa!'

Melihat kepada situasi ini, ia telah menimbulkan persoalan tentang tahap IQ pelajar kita.

Malah, jawapan yang diberikan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ramai dan mempersoalkan - adakah ini hasil sistem pembelajaran kita atau pelajar semakin menjauh daripada sikap ingin belajar?

Melihatkan semua ini, masyarakat mula mempersoalkan keputusan untuk memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tujuan perkara itu dibuat adalah bagi mengurangkan tekanan mereka. Katanya, pendekatan itu diambil agar tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan 'pertanyaan, eksplorasi, pengalaman, mengikut konteks serta pentaksiran yang sepenuhnya bagi melihat kepada pembangunan holistik murid.

Ujar Fadhlina, pentaksiran bilik darjah (PBD) ini akan memberi satu tanda aras lebih baik khususnya untuk melihat dan menilai anak-anak lebih holistik melibatkan komponen PBD, jasmani, sukan dan kurikulum, psikometrik serta kecenderungan murid.

Ia untuk memastikan tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan murid, sebaliknya menawarkan satu ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik.

Apabila KPM berkata sedemikian, orang ramai mula meminta agar mereka menilai semula keputusan itu.

Masyarakat menggesa kementerian melihat kembali jawapan pelajar dalam kertas ujian yang kebanyakannya sangat mendukacitakan.Jika mansuh, apa nak jadi dengan pelajar kita? Pergi sekolah, bagaikan tiada hala tuju kerana tiada peperiksaan untuk mengukur pencapaian mereka.

Seperti kata warga maya ini, ‘bukan dengan cara ini untuk mendidik generasi yang bijak'. Ia akan membuatkan para pelajar lebih leka dengan tidak ada tekanan peperiksaan. Yang perlu ditiadakan ialah soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan jika boleh kurangkan mata pelajaran tidak perlu dan tumpukan yang penting sahaja. Rombak balik silibus kayangan yang tidak sesuai dengan pemikiran murid. Itu paling penting ketika ini’.

Bagi penulis, peperiksaan adalah kaedah standard untuk menilai sejauh mana pelajar memahami sesuatu subjek. Ia memberikan gambaran jelas tentang kemajuan akademik mereka. Hasil peperiksaan membantu guru dan pelajar mengenal pasti topik atau kemahiran yang perlu diperbaiki sekali gus memastikan proses pembelajaran lebih berfokus.

Meskipun begitu, sistem peperiksaan mungkin memerlukan penambahbaikan tetapi pemansuhannya sepenuhnya bukanlah jalan penyelesaian terbaik!