KPM kongsi tarikh Cuti Penggal 3 akan datang! 'Kumpulan A & B dapat 9 hari'

Iklan
Jumlah keseluruhan cuti persekolahan bagi kedua-dua kumpulan adalah sama iaitu sembilan hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 telah memperincikan tarikh Cuti Penggal 3 membabitkan dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A yang terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 20 Disember hingga 28 Disember ini.

Iklan
Iklan

Manakala Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan mengikuti Cuti Penggal 3 mulai 21 Disember hingga 29 Disember 2024.

Jumlah keseluruhan cuti persekolahan bagi kedua-dua kumpulan adalah sama iaitu sembilan hari.

Iklan

Kepada adik-adik, Sinar Bestari menasihatkan agar anda semua dapat menggunakan masa cuti sebaik mungkin dengan membaca buku, menyertai kelas tambahan atau mencuba hobi yang bermanfaat.

Selain itu, jadikan juga cuti sebagai ruang untuk membantu ibu bapa di rumah sambil belajar menguruskan tanggungjawab.

Iklan