Pekerjaan merupakan salah satu aspek kehidupan yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat yang telah pun menamatkan pengajian mereka di peringkat yang terpilih.
Namun, kebanyakkan pekerjaan yang ada di negara kita ini dipenuhi oleh Masyarakat Bukan Warga Negara (Warga asing).
Hal ini amat membimbangkan para graduan yang baru sahaja ingin melangkahkan ke sektor pekerjaan yang ingin diceburi setelah tamatnya tempoh pengajian.
Anak-anak yang ingin bekerja di beberapa sektor terpaksa membuat pilihan yang lain sehingga mereka tiada pilihan untuk bekerja kerana pekerjaan yang sesuai sudah pun dipenuhi oleh masyarakat warga asing.
Isu pekerjaan ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak yang terlibat agar tidak ada keciciran pekerjaan dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Para majikan seharusnya mementingkan pengambilan anak bangsa berbanding dengan masyarakat yang lain supaya rakyat tidak bergantung harap kepada bantuan yang diberikan.
Dengan adanya pekerjaan, mereka dapat memenuhi permintaan atau keperluan harian mereka tanpa mengharapkan bantuan dan mereka juga akan terus berusaha untuk menjadi pekerja yang terbaik apabila peluang untuk bekerja di sebuah organisasi ada.
Kebanyakkan graduan yang baru menamatkan pengajian terpaksa menganggur dalam tempoh masa yang lama sebelum mendapat pekerjaan yang tetap.
Seharusnya pihak yang berkepentingan harus memandang isu ini secara meluas agar masyarakat muda di negara kita dapat penuhi pekerjaan yang ada berbanding dengan masyarakat yang lain.
Sesungguhnya, sumber tenaga manusia di negara ini amat diperlukan untuk membantu mereka yang inginkan permulaan dalam pekerjaan.
Walaupun pekerjaan yang ditawarkan ini tidak menarik minat graduan tetapi dengan adanya kekosongan jawatan dalam organisasi tersebut, mereka akan terus mengisi kekosongan itu kerana mereka tahu untuk mendapatkan jawatan dalam sesuatu organisasi adalah sukar dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Setiap masyarakat yang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi adalah inginkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang mereka pelajari nakum, jika sebaliknya mereka akan terus mencuba untuk berkhidmat agar dapat membantu kehidupan mereka setelah tamatnya tempoh pengajian.
Tetapi kebanyakan syarikat yang beroperasi lebih memilih masyarakat bukan warga negara untuk bekerja disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorong mereka membuat keputusan tersebut seperti kos yang perlu dikeluarkan adalah lebih rendah berbanding mengambil pelajar lepasan graduan bekerja yang perlu membayar gaji yang mahal dan sesuai dengan taraf pendidikan yang diperolehi.
Isu lambakan warga asing dalam sektor pekerjaan di negara kita ini bukan sahaja menyebabkan graduan tempatan kehilangan pekerjaan malah ia juga akan memberikan impak yang besar terhadap ekonomi dalam jangka masa panjang.
Jika graduan di negara kita tidak mempunyai pekerjaan dalam jangka masa yang tertentu, negara kita akan mengalami peningkatan terhadap pengangguran dalam kalangan belia.
Oleh itu, keadaan ini harus ditangani dengan segera kerana ia boleh memberi kesan yang ketara dalam pembangunan modal insan yang amat penting untuk kemajuan negara.
Namun, faktor terjadinya pemilihan pekerjaan ini bukan sahaja majikan yang memilih pekerja asing sahaja tetapi sikap graduan juga mendorong kepada ketiadaan pekerjaan kerana mereka gemar memilih pekerjaan yang bergaji tinggi, berdekatan dengan rumah, pekerjaan yang sama bidang dengan pengajian yang dipilih dan sebagainya.
Jika graduan juga mempunyai sikap yang sedemikian, mereka itu sendiri yang menyumbang kepada kadar pengangguran di negara kita menjadi tinggi walaupun banyak pekerjaan yang memerlukan pekerja.
Pihak syarikat juga tidak seharusnya meletakkan syarat tentang"pengalaman pekerjaan bagi sesuatu pekerjaan”.
Ini akan menyebabkan para graduan tidak dapat untuk memenuhi syarat yang ditetapkan kerana mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam sesuatu pekerjaan dan hanya mengharapkan pengalaman dari segi latihan praktikal semata-mata.
Keadaan ini akan menjadikan graduan kehilangan keyakinan untuk menyandang jawatan tersebut kerana mereka merasakan pengalaman pekerjaan itu sesuatu kelemahan dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Malah syarikat yang mengambil pekerja asing untuk berkhidmat juga menjadikan titik kelemahan bagi graduan kerana kebanyakkan pekerja asing yang dominan dalam sesuatu sektor pekerjaan kerana mereka mempunyai kelebihan seperti masa pekerjaan yang lama dan bayaran gaji juga adalah rendah berbanding mengambil graduan bekerja.
Tambahan pula, kebanyakan universiti di Malaysia telah pun melaksanakan majlis konvokesyen kepada para graduan seperti Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sebagainya.
Setiap graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka, mereka inginkan pekerjaan untuk mengurangkan bebanan keluarga dan untuk menjelaskan pinjaman pelajaran yang mereka lakukan ketika di alam pendidikan.
Seperti kita tahu, pekerjaan ini adalah sesuatu yang penting bagi graduan untuk mendapatkan sumber pendapatan mereka sendiri dalam membayar segala komitmen yang mereka ada.
Jika pekerjaan yang ditawarkan kepada graduan berkurangan, bagaimana mereka ingin menjelaskan segala pinjaman pelajaran yang mereka ambil ketika belajar? Pernahkah masyarakat kita berfikir bahawa bebanan yang dipikul oleh graduan amatlah banyak setelah mereka tamat pengajian di peringkat universiti?
Oleh itu, pekerjaan yang harus ditawarkan kepada graduan haruslah seperti"bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan” agar para graduan mendapat pekerjaan setelah mereka berjaya dalam menamatkan pengajian.
Apabila graduan di negara kita tiada pekerjaan, ini akan menjadikan satu masalah yang besar kepada negara kerana kebanjiran graduan yang tidak mempunyai pekerjaan dan pihak kerajaan terpaksa menanggung beribu graduan dengan memberikan bantuan sara hidup kerana mereka tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan mereka dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata.
Kewangan negara juga akan bertambah dari semasa ke semasa jika masyarakat di negara kita tiada pekerjaan tetap.
Oleh itu, pekerjaan dalam negara ini seharusnya diberikan keutamaan kepada masyarakat tempatan terlebih dahulu dan barulah kepada warga asing.
Namun, masyarakat tempatan juga terutamanya graduan tidak seharusnya memilih pekerjaan yang sesuai dengan taraf pendidikan mereka sahaja kerana keadaan ekonomi semasa juga telah menunjukkan bahawa graduan tidak seharusnya memilih pekerjaan tetapi mengambil peluang untuk teruskan bekerja agar kehidupan mereka terjamin di masa hadapan tanpa perlu bergantung harap kepada bantuan kerajaan dan keluarga.
Secara umumnya, kehidupan sebagai graduan ini adalah satu cabaran yang besar kepada masyarakat kerana tahap pendidikan mereka adalah tinggi dan sesetengah pekerjaan yang dibuka bukanlah untuk diri mereka sahaja tetapi neraka harus berlawan dengan individu yang mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Individu yang mempunyai pengalaman ini akan diberikan satu daya tarikan kepada pihak masyarakat untuk memilih mereka bekerja berbanding dengan graduan yang harus dilatih terlebih dahulu sebelum memiliki pengalaman sehingga mengambil masa yang lama untuk graduan memahami setiap skop pekerjaan mereka.
Untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan di negara kita adalah pihak syarikat seharusnya tidak mementingkan pengalaman sahaja tetapi mereka harus membuka peluang kepada graduan untuk mencari pengalaman pekerjaan supaya mereka juga mendapat tempat dalam sesuatu pekerjaan di negara kita.
Maklumat penulis:
1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Nur Adleena Syazani Ady Sardi
2) Penyelaras Kursus Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia (ECO4373) dan Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Jaharudin Padli
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my