Isteri kepada pelakon terkenal tanah air memilih untuk bersara pilihan dalam perkhidmatan perguruan setelah 34 tahun bergelar pendidik.
Zulkifli Ismail (pelakon) dalam hantaran di Facebook pada 13 Disember lalu memaklumkan, isteri tercinta, Cikgu Umi Salbiah Abdul Rahman secara rasmi telah bersara sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rincing, Semenyih, Selangor.
"Setelah berkhidmat selama 34 tahun dan menabur bakti di beberapa buah sekolah, hari ini isteri saya bersara pilihan. Terima kasih pihak SMK Bandar Rincing yang telah menganjurkan majlis persaraan yang pasti akan menjadi kenangan sepanjang hayat. Selamat bersara Cikgu Umi Salbiah," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, warga maya tidak ketinggalan menitipkan ucapan khas buat Cikgu Umi Salbiah yang telah melahirkan ramai pelajar-pelajar hebat dan luar biasa di luar sana.
Rohaiza Yusoff: Selamat bersara Cikgu Ummi. Saya antara beberapa orang cikgu yang buka sekolah ini sekitar tahun 2004. Sempat enam tahun mengajar sebelum pindah balik kampung di Terengganu
Rosnah Abu Hassan: Selamat bersara, pernah jaga SPM sama-sama suatu ketika dulu.
Noor Khaflida Mustafa: Selamat bersara. Jasamu akan sentiasa dikenang
Norra Ismail: Selamat bersara Cikgu Umi Salbiah Abdul Rahman kita pernah sama-sama mengajar di SK (Sekolah Kebangsaan) Bandar Tun Razak selama dua tahun.
Khasimee Mohd: Selamat bersara cikgu. Moga kehidupan selepas ini lebih bermakna bersama keluarga, insya-ALLAH.
Wan Zuhazlin Mustafa: Selamat bersara Kak Umi. Sangat lemah lembut, baik hati dan cantik orangnya.