SPWinds kongsi pentas dengan Dayang Nurfaizah 12 Januari ini

Iklan
Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra bakal melakar sejarah apabila dapat berkongsi pentas dengan penyanyi ikonik Malaysia, Dayang Nurfaizah dalam sebuah konsert amal, SPWinds Fantastika Fundraising Matinee Concert and High Tea pada 12 Januari ini.
Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) bakal melakar sejarah apabila dapat berkongsi pentas dengan penyanyi ikonik Malaysia, Dayang Nurfaizah dalam sebuah konsert amal, SPWinds Fantastika Fundraising Matinee Concert and High Tea.

Konsert anjuran SPWinds berlangsung pada 12 Januari ini akan memukau para penonton sambil mengumpul dana penting untuk penyertaan sekolah berkenaan dalam 11th World Orchestra Festival yang berprestij di Vienna, Austria.

Dayang Nurfaizah.
Iklan
Iklan


Ia akan diadakan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya.

Presiden Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SPWinds (KSIB), Hawariah Mohd Ariffin berkata, kolaborasi pasukannya bersama Dayang Nurfaizah merupakan gabungan indah seni dan dedikasi yang menonjolkan kehebatan bakal muzik Malaysia.

"Suara merdu Dayang yang penuh jiwa digabungkan dengan tenaga muda SPWinds, menjanjikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Konsert anjuran SPWinds berlangsung pada 12 Januari ini akan memukau para penonton sambil mengumpul dana penting untuk penyertaan sekolah berkenaan dalam 11th World Orchestra Festival yang berprestij di Vienna, Austria.
Iklan
Iklan


"Berpeluang berkolaborasi dengan Dayang ialah impian yang menjadi kenyataan buat SPWinds,” katanya.

Selain itu, SPWinds telah dipilih sebagai wakil tunggal Malaysia ke festival orkestra bermula 10 hingga 13 Julai nanti.

Antara elajar yang terlibat dalam SPWinds.


Acara peringkat antarabangsa yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Seni dan Kebudayaan Austria serta Universiti Muzik dan Seni Persembahan Vienna, Austria bagi meraikan kecemerlangan muzik sekali gus menghimpunkan orkestra elit di seluruh dunia.

Bagi merealisasikan impian itu, pihak KSIB di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan berusaha mengumpul dana sebanyak RM1,000,000 bertujuan bagi menampung kos perjalanan, penginapan, logistik untuk instrumen muzik dan penggantian peralatan penting bagi persembahan tersebut.

Tiket bagi Konsert SPWinds Fantastika Fundraising Matinee Concert and High Tea dijual pada harga RM88 hingga RM500 menerusi laman web www.myticketempire.com/spwindsfantastika