KPM kongsi tarikh cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025! 'Pelajar Kumpulan A & B bakal nikmati cuti sebulan'

Iklan
Cuti akhir persekolahan 2024/2025 akan bermula pada 17 Januari 2025 hingga 15 Februari 2025 bagi Kumpulan A dan 18 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025 (Kumpulan B).

Kalendar akademik sesi 2024/2025 hampir melabuhkan tirainya.

Setelah setahun menjalani pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum, kini tibalah masanya buat guru dan pelajar menikmati cuti yang dinanti-nantikan.

Iklan
Iklan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi takwim persekolahan memaklumkan, cuti akhir persekolahan 2024/2025 akan bermula pada 17 Januari 2025 hingga 15 Februari 2025 bagi Kumpulan A dan 18 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025 (Kumpulan B).

Pelajar bagi Kumpulan A terdiri daripada mereka yang bersekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Iklan

Manakala Kumpulan B adalah pelajar di sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kebiasaannya, cuti sekolah akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik oleh keluarga pelajar.

Iklan

Mereka akan mengambil peluang bercuti di destinasi menarik sama ada di dalam atau luar negara bagi merehatkan minda dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ada juga keluarga yang menghantar anak-anak mereka menghadiri kem motivasi, kursus bahasa atau latihan kemahiran seperti memasak, berenang dan menjahit.

Aktiviti ini membantu meningkatkan keyakinan diri dan menambah kemahiran baru.

Walau apa jua aktiviti mahupun program yang dilakukan, Sinar Bestari berharap adik-adik dapat menggunakan cuti sebulan ini dengan perkara bermanfaat sekali gus bersiap sedia menghadapi sesi akademik seterusnya dengan lebih bersemangat.