Keputusan eGTukar sesi Februari 2025 sudah boleh disemak! 'Cikgu dapat pindah sekolah mana?'

Iklan
Keputusan pertukaran guru antara bahagian atau antara negeri, antara daerah, dalam daerah dan keputusan penempatan pertukaran guru bagi sesi Februari 2025 sudah boleh disemak mulai 15 Januari menerusi pautan https://epgo.moe.gov.my/

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem eGTukar bagi membantu guru jarak jauh memperoleh penempatan yang lebih strategik agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien.

eGTukar bermaksud sistem pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat bahagian, negeri, daerah, sekolah) dan guru.

Iklan
Iklan

Ia adalah salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah Pengurusan Guru.

eGTukar dibangunkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP).

Iklan

Terbaharu, keputusan pertukaran guru antara bahagian atau antara negeri, antara daerah, dalam daerah dan keputusan penempatan pertukaran guru bagi sesi Februari 2025 sudah boleh disemak mulai 15 Januari.

Ia boleh dilakukan menerusi pautan https://epgo.moe.gov.my/

Iklan

Kepada guru-guru yang berjaya dalam eGTukar, tahniah diucapkan atas kejayaan ini.

Semoga perpindahan berkenaan membawa kebahagiaan, ketenangan dan semangat baru untuk terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.

Selamat maju jaya di tempat baharu!