SK Selayang pupuk perpaduan melalui kecemerlangan pendidikan

Iklan
Amin (tengah) bersama sebahagian murid SK Selayang yang diraikan dalam majlis Anugerah Permana Citra.

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Selayang Jaya di Selangor menganjurkan majlis Anugerah Permana Citra dalam suasana penuh gemilang dan meriah di sekolah itu.

Ia diadakan dengan tujuan menghargai pencapaian cemerlang murid, guru dan ibu bapa sekali gus menekankan betapa pentingnya pendidikan sebagai asas kepada masyarakat progresif dan harmoni.

Iklan
Iklan

Menurut Guru Besar, Suraya Mohd Salleh, pihak sekolah bukan sahaja membentuk individu yang cemerlang dalam akademik tetapi mereka juga melahirkan warganegara yang berjiwa besar dan bersatu padu.

Malah kata beliau, guru dan ibu bapa juga memainkan peranan utama dalam memupuk rasa hormat kepada perbezaan dan membina perpaduan dalam masyarakat.

Iklan

Sementara itu, Pegawai Khas Politik Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, kejayaan yang diraikan adalah hasil usaha bersama murid, guru dan ibu bapa tanpa mengira latar belakang.

"Perpaduan ini melambangkan kekuatan masyarakat yang pelbagai tetapi bersatu padu.

Amin

Iklan

"Ia juga adalah tunjang kecemerlangan. Apabila kita bersatu, tiada halangan yang tidak dapat kita atasi,” katanya merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Damansara ketika merasmikan Anugerah Permana Citra.

Dalam ucapan itu, Amin turut menekankan tentang peranan sekolah sebagai model perpaduan di mana SK Selayang Jaya digambarkan sebagai simbol perpaduan sejati.

Katanya, di sekolah tersebut, murid-murid belajar dan membesar bersama, merentasi batas kaum, budaya, agama, sekali gus mempersiapkan mereka untuk masa depan yang cemerlang.

Guru-guru SK Selayang tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Amin (tengah).

"Kepelbagaian budaya di Malaysia adalah kekuatan kita. Keupayaan untuk menerima dan meraikan perbezaan menjadi asas perpaduan masyarakat kita.

"Saya menyeru pendidik dan ibu bapa untuk memberi teladan terbaik dalam memupuk rasa hormat dan persefahaman antara pelajar,” tuturnya.

Akhir sekali, majlis Anugerah Permana Citra telah diakhiri dengan seruan inspirasi iaitu ‘Marilah kita terus menjadikan perpaduan sebagai asas kepada kemajuan negara, melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu tetapi juga bertoleransi dan saling menghormati’.