Industri minyak dan gas yang semakin berkembang di Sabah akan memberi peluang yang besar kepada golongan muda di negeri ini dalam memulakan kerjaya.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, sektor tenaga terutama industri minyak dan gas yang dipacu oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merupakan tulang belakang pertumbuhan dan nadi pembangunan ekonomi negara.
"Hari ini, kita berkumpul di Sabah, sebuah negeri yang memainkan peranan yang sangat penting dalam sektor minyak dan gas Malaysia.
"Dengan kekayaan sumber semula jadi yang melimpah dan lokasi yang strategik, Sabah telah menyumbang secara signifikan kepada kemakmuran ekonomi negara, malah Sabah juga membawa potensi masa depan yang besar untuk perkembangan industri ini.
"Industri minyak dan gas kini berada dalam era transformasi yang ketara. Kita sedang menyaksikan perubahan global, daripada pergantungan kepada tenaga konvensional kepada penerapan teknologi yang lebih maju dan lestari dan dalam konteks ini, peluang untuk bakat muda di dalam industri ini adalah sangat luas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Kerjaya Minyak dan Gas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, pada Sabtu.
Katanya lagi, tidak kira dalam bidang kejuruteraan, teknologi, perakaunan, pejuang alam sekitar atau apa saja latar belakang pendidikan dan kemahiran, industri minyak dan gas bakal menawarkan ruang untuk golongan belia menyinar.
"Melalui program kerjaya ini, ia bukan sahaja menyediakan platform untuk pengunjung meneroka peluang yang telah sedia ada di dalam industri minyak dan gas, malah juga untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam berkaitan dengan industri ini.
"Kepada golongan profesional dan rakan industri yang hadir, peranan mereka sebagai mentor dan pembimbing kepada anak-anak muda teramat penting.
"Pengalaman dan kebijaksanaan mereka ini adalah inspirasi bagi generasi muda yang baru bermula. Saya berharap mereka akan terus berkongsi ilmu, memberi sokongan, dan membantu membentuk masa depan yang lebih baik untuk industri ini," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas, Datuk Ir Bacho Pilong dalam ucapannya menasihatkan golongan muda di Sabah supaya melebarkan ruang kerjaya mereka bukan hanya di negeri ini tetapi keluar dari zon selesa.
"Acara hari ini bukan sahaja berjaya mengumpulkan 26 pameran daripada syarikat dalam bidang minyak dan gas, malah kita juga
menyaksikan lebih daripada 700 peluang pekerjaan dari syarikat antarabangsa seperti Shell, ConocoPhillips, Hibiscus Petroleum dan PTTEP.
"Lebih menarik, peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan sahaja bertempat di negeri Sabah, tetapi seluruh negara.
"Jadi saya mahu mengalakkan semua pencari kerja untuk mempunyai semangat cekal dan rintis untuk meninggalkan Sabah tidak semestinya orang Sabah mesti di Sabah, harus lebarkannya, rebut peluang yang ada pada hari ini," katanya.

Ruslan (dua dari kiri) dan Bachu (dua dari kanan) ketika melawat rerurai pada program Kerjaya Minyak dan Gas di SICC, Kota Kinabalu.

Iklan
Iklan