Dunia pendidikan kehilangan dua guru yang sentiasa komited terhadap tugas dan sanggup berusaha lebih demi kejayaan pelajar.
Cikgu Mohd Yusof Sukani Hassan dan Cikgu Sathiya Bharathi Murti, masing-masing yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan ST George, Georgetown, Pulau Pinang dan Sekolah Kebangsaan Convent Aulong, Taiping, Perak telah meninggal dunia pada 18 Januari dan 21 Januari lepas.
Difahamkan, Cikgu Mohd Yusof merupakan guru Bahasa Inggeris di sekolahnya manakala Cikgu Sathiya Bharathi pula Guru Akademik.
Sinar Bestari turut bersimpati dengan pemergian kedua-dua guru yang hebat ini.
Iklan
Semoga jasa dan bakti mereka dihargai dan pihak sekolah terus diberikan kekuatan untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan.
Iklan