Guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Malong, Saratok, Sarawak, Ustazah Asfalela Abdul Latif telah meninggal dunia pada Sabtu (1 Februari 2025) bersamaan 2 Syaaban 1446H.
Pemergian Allahyarham dikongsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak di Facebooknya sebagai makluman kepada warga pendidik dan komuniti.
Menurut hantaran itu, pihak jabatan kehilangan seorang guru yang berdedikasi sepanjang melaksanakan tugasan. Arwah juga amanah dalam meningkatkan martabat pendidikan.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," ujar JPN Sarawak.
Sementara itu, warga maya mula membanjiri ruangan komen Facebook tersebut sekali gus menitipkan ucapan takziah kepada Ustazah Asfalela.
Jason Patrick Peter James: Seorang rakan kerja yang baik hati. SK Ng Malong sangat terasa kehilangannya.
Azlynn RB: Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Al-Fatihah. Salam takziah untuk seisi keluarga.
Ibrahim Baim: Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Semoga dipermudahkan urusan arwah di dunia dan di akhirat serta ditempatkan syurga untuknya.