Cikgu Hakim kongsi lapan tajuk dalam silibus Matematik Tahun 4

Iklan
Matematik Tahun Empat mengandungi lapan tajuk yang dimuatkan secara terancang agar memenuhi kehendak DSKP yang digubal oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

Murid-murid Tahun Empat sesi persekolahan 2025/2026 akan mempelajari lapan tajuk dalam silibus Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Menurut Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor, semua tajuk yang disediakan tidak susah dan boleh dikuasai murid-murid.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, mereka perlu bersiap sedia dari sekarang kerana banyak kemahiran baru yang perlu dipelajari di Tahun Empat.

Ujar Cikgu Hakim, Matematik Tahun Empat mengandungi lapan tajuk yang dimuatkan secara terancang agar memenuhi kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Iklan

Setiap tajuk itu, kata beliau, telah disertakan dengan beberapa tajuk kecil.

Berikut dikongsikan senarai bab seperti dimaklumkan Cikgu Hakim baru-baru ini. Semoga bermanfaat.

Iklan

1) Nombor dan Operasi

  • Kenal dan Tulis Nombor
  • Banding dan Susun Nombor
  • Nombor Genap dan Nombor Ganjil
  • Pola Nombor
  • Anggaran dan Bundar
  • Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi

2) Pecahan, Perpuluhan dan Peratus

  • Tambah dan Tolak Pecahan
  • Pecahan Daripada Suatu Kuantiti
  • Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi Perpuluhan
  • Tukar Pecahan dan Peratus
  • Peratusan Objek

3) Wang

  • Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi Wang
  • Mata Wang Utama Dunia dan Nilainya
  • Instrumen Pembayaran

4) Masa dan Waktu

  • Sistem 12 Jam dan 24 Jam
  • Tempoh Masa
  • Tukar Unit Masa
  • Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi Masa

5) Panjang, Jisim dan Isi Padu Cecair

  • Ukur Panjang Objek
  • Perkaitan
  • Anggaran Jarak
  • Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi Panjang, Jisim dan Isi Padu Cecair

6) Ruang

  • Kenal Sudut
  • Garis selari dan Serenjang
  • Perimeter dan Luas
  • Isipadu

7) Koordinat, Nisbah dan Kadaran

  • Kenal dan Tentukan Koordinat
  • Nisbah
  • Kadaran

8) Pengurusan Data

  • Bina Piktograf dan Carta Palang
  • Tafsir Piktograf dan Carta Palang