Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan (SK) Tabut, Lubok Antu, Sarawak, Cikgu Mohammed Trisghaq Omar telah meninggal dunia 3 Februari lalu, menurut satu hantaran di Facebook Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.
Allahyarham merupakan seorang guru yang berdedikasi sepanjang melaksanakan tugasan dan amanah dalam meningkatkan martabat pendidikan.
Arwah juga dikenali sebagai guru yang penyayang, sabar, mesra, rajin dan adil dalam kalangan warga SK Tabut.
Sinar Bestari merakamkan ucapan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Cikgu Mohammed Trisghaq.
Iklan
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan dalam golongan solihin. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Iklan