Berita baik: KPM sasar sekolah satu sesi menjelang 2030

Iklan
Fadhlina di program Intan Minister's Conversation: Pendidikan Menyemai Kepimpinan, Membentuk Generasi Hadapan di INTAN Kampus Wilayah Selatan

Pelaksanaan sistem satu sesi bagi semua sekolah di seluruh negara bakal dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelang tahun 2030.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, kira-kira 9,000 sekolah di negara ini sudah mula menggunakan sistem satu sesi daripada keseluruhan lebih 10,000 sekolah.

Iklan
Iklan

"Memang menjadi hasrat KPM untuk menjadikan sistem persekolahan sebagai satu sesi bagi mencapai maksud dan hasrat bahawa sekolah adalah kondusif (sesuai) untuk anak-anak.

"Insya-ALLAH, kita mahu melihat lebih banyak lagi sekolah melaksanakan satu sesi dan ini sudah tentu satu perkembangan baik dalam dunia pendidikan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas program Intan Minister's Conversation: Pendidikan Menyemai Kepimpinan, Membentuk Generasi Hadapan di INTAN Kampus Wilayah Selatan, Kluang, Johor pada Khamis.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, antara perkara yang akan mempengaruhi pelaksanaan sistem itu ialah pembinaan sekolah baharu selain proses baik pulih sekolah daif.

Iklan

"KPM juga perlu mengambil kira beberapa faktor kekangan (seperti) soal tempat, premis dan pengurusan sekolah itu sendiri," katanya.