Guru Tingkatan 6 SMK Maxwell meninggal dunia. 'Saya kehilangan rakan yang kaya dengan senyuman'

Iklan
Mendiang Cikgu Esmond Chan meninggal dunia pada Sabtu. Foto: Facebook Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur

"Salam takziah buat keluarga rakan saya. Saya pernah berkhidmat bersama mendiang. Seorang rakan yang sentiasa senyum dan senang bekerja dengannya," begitu kata Sharan Kaur di Facebook baru-baru ini.

Ucapan yang dititipkan itu susulan pemergian Guru Tingkatan Enam dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell, Kuala Lumpur, Cikgu Esmond Chan pada 1 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Memetik perkongsian Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur dalam Facebook, mereka memaklumkan mendiang seorang guru yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah.

"Semoga keluarganya tabah dengan kehilangan dan dugaan ini serta mendiang bersemadi dengan aman,” tulisnya.

Iklan

Untuk info, SMK Maxwell merupakan salah satu sekolah menengah tertua di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1917, sekolah ini pada asalnya dikenali sebagai Maxwell School dan berfungsi sebagai institusi pendidikan untuk pelajar lelaki.

Iklan

Nama sekolah ini diambil sempena George Maxwell, seorang pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu.

Sekolah ini terkenal dengan sejarah akademik dan kokurikulum yang cemerlang khususnya dalam sukan dan aktiviti berpasukan seperti hoki, ragbi serta pasukan kadet.

Walaupun pada asalnya merupakan sekolah lelaki, kini SMK Maxwell menerima pelajar lelaki dan perempuan bagi Tingkatan Enam.

Dengan latar belakang sejarah yang kaya dan reputasi yang kukuh, sekolah ini terus menjadi antara institusi pendidikan yang dihormati di Malaysia.